Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487675
Title: | Tahap kepatuhan peniaga Islam terhadap amalan perniagaan mengikut hukum syarak kawasan Lembah Kelang |
Authors: | Suhailah Abdul Muin (P42422) |
Supervisor: | Hailani Muji Tahir, Prof. Madya Dato. Dr. |
Keywords: | Peniaga Islam Muslim businesspeople Religious life Malaysia Selangor |
Issue Date: | 16-Dec-2012 |
Description: | Kajian ini membincangkan tahap kepatuhan peniaga Islam terhadap amalan perniagaan mengikut hukum syarak di kawasan Lembah Kelang. Hadis Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa seburuk-buruk tempat adalah pasar dan sebaik-baik tempat adalah masjid. Persoalannya adakah pasar itu suatu tempat di mana berlakunya pengabaian terhadap amalan perniagaan mengikut hukum syarak. Justeru kajian ini bertujuan menilai sejauh mana tahap kepatuhan peniaga Islam dalam mengamalkan amalan perniagaan berlandaskan syariat Islam. Maklumat kajian diperoleh melalui dua kaedah. Pertama, kajian perpustakaan untuk memperjelaskan konsep dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh syariah Islamiah, data dianalisis daripada al-Quran, hadith Nabi s.a.w kitab-kitab tafsir serta tulisan sarjana-sarjana Islam dahulu dan moden. Kedua, kajian lapangan, maklumat kajian diperoleh melalui pengedaran satu set borang soal selidik serta kaedah temu bual dijalankan ke atas responden yang dikenal pasti. Soalan meliputi pelbagai aspek telah dikemukakan iaitu tahap kepatuhan pengamalan: amalan perniagaan, amal ibadah, pengetahuan, kemahiran penguasaan, kewangan dan pengurusan perniagaan. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Dapatan kajian mendapati seramai 1888 (100%) orang peniaga di lima buah pasar borong utama di mana hanya 457 (24%) orang peniaga Islam. Angka ini sangat kecil berbanding peniaga yang bukan beragama Islam. Sample kajian terdiri daripada individu lelaki dan wanita Islam yang berumur antara 30 tahun ke bawah hingga 31 tahun ke atas dan seramai 116 orang telah menjadi responden kajian. Dapatan kajian juga mendapati tahap kepatuhan pengamalan keseluruhan dalam: (perniagaan, amal ibadah, pengetahuan, kemahiran penguasaan, kewangan dan pengurusan), adalah berada pada tahap sederhana, purata 56.9% dengan min 2.29. Kemahiran pengurusan perniagaan amat tinggi iaitu 81%, kadar min 1.75 Kajian mendapati tahap kepatuhan dalam tuntutan amal ibadah adalah sangat rendah 45.7% iaitu min 2.87. Ini bermakna peniaga Islam amat kurang mematuhi tuntutan agamanya. Oleh itu, mereka ini amat memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek perniagaan termasuklah bimbingan agama, modal kewangan, peluang perniagaan, maklumat dan bimbingan secara berkala.,Ph.D |
Pages: | 275 |
Call Number: | HC445.5.Z7 S437 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.