Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487673
Title: Analisis sintaksis antara Adwa' al-bayan dengan al-Futuhat al-ilahiyyah
Authors: Abdul Wahid Salleh (P40406)
Supervisor: Zamri Arifin,Prof. Madya Dr.
Keywords: Penyelewangan al-Quran
Arabic language
Syntax
Issue Date: 2-Dec-2015
Description: Penyelewengan pentafsiran al-Quran dewasa ini dilakukan oleh golongan tertentu dengan menggunakan akal semata-mata tanpa merujuk kepada disiplin ilmu tafsir. Perkara ini secara umumnya disebabkan oleh kegagalan umat Islam memahami dan menguasai disiplin bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Implikasinya, pemahaman sebenar agama Islam boleh disalahertikan apabila makna al-Quran difahami dengan cara yang salah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji Analisis Sintaksis (al-tahlil al-nahwi) disiplin ilmu al-Quran dengan memfokuskan kepada dua buah karya Adwa' al-bayan karangan al-Shanqiti dan al-Futuhat al-Ilahiyyah karangan al-Jamal. Kedua-dua tafsir akan dijadikan sebagai sumber utama kajian. Kajian ini bertujuan mengenalpasti Analisis Sintaksis dalam disiplin ilmu al-Quran serta impaknya terhadap makna ayat. Kajian ini juga membandingkan latarbelakang kehidupan al-Shanqiti dan al-Jamal dan metode pentafsiran ayat al-Quran. Selain itu, kajian secara komparatif dijalankan bagi mengenalpasti metode Analisis Sintaksis dan cara penggunaan shahid oleh kedua-dua pentafsir tersebut. Kajian impak Analisis Sintaksis dan pengaruhnya terhadap maksud ayat al-Quran dijalankan terutamanya terhadap tafsiran ayat ahkam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan metode deduktif melalui pendekatan komparatif, metode pensejarahan dan metode Analisis Sintaksis. Dapatan kajian ini merumuskan gagasan pemikiran Analisis Sintaksis oleh al-Shanqiti dan al-Jamal diterapkan dalam memahami maksud ayat al-Quran. Bentuk Analisis Sintaksis yang memberi kesan kepada maksud ayat ialah perkataan yang tidak kelihatan tanda fleksi, teori camil/pengubah fleksi, kohesi ellipsis, rujukan kata ganti nama dan peranan huruf al-macani. Namun begitu, al- Jamal lebih ketara dalam menghayati metode Analisis Sintaksis berbanding al- Shanqiti. Kajian ini juga mendapati masyarakat Islam terutamanya pakar tafsir perlu memahami peranan bahasa Arab dan kehendak sebenar aplikasi Analisis Sintaksis dalam membuat sesuatu pentafsiran ayat al-Quran. Kajian ini boleh diterapkan dalam pembelajaran disiplin ilmu tafsir al-Quran di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan.,Ph.D
Pages: 360
Call Number: PJ6696.Z5. S963 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84151+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.