Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487672
Title: Penterjemahan frasa Arab-Melayu : analisis terjemahan manusia dan mesin
Authors: Khadijah Sjahrony (P56904)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Arabic language
Translating into Malay
Issue Date: 9-Feb-2013
Description: Penterjemahan Arab-Melayu telah menerima trend terjemahan baru kesan kemajuan teknologi masa kini yang membawa perubahan besar terhadap dunia terjemahan. Teknologi mesin terjemahan bahasa sudah semestinya berfungsi untuk memudahkan kerja terjemahan. Menterjemah frasa Arab memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang ilmu bahasa Arab kerana kepelbagaian frasa dalam bahasa tersebut yang menjadikannya istimewa. Mesin bersifat automatik hanya bergantung pada perisian dan bank perkataan yang ada, manakala manusia menggunakan kemahirannya apabila menterjemah. Kedua-duanya mempunyai keupayaan dalam menterjemah teks. Akan tetapi yang penting ialah terjemahan manakah yang lebih baik. Persoalan seterusnya, sama ada mesin dapat menterjemah teks sebagaimana manusia dan akan menggantikan kedudukan penterjemah profesional pada masa hadapan. Justeru, tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis hasil terjemahan manusia dan mesin dalam menterjemahkan frasa-frasa Arab. Teks terjemahan yang dianalisis bertajuk al-'Ankabut merupakan novel berbahasa Arab karya seorang penulis terkenal Mesir, iaitu Mustafa Mahmud. Analisis data dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif melibatkan dua kategori antara enjin terjemahan Google mewakili mesin terjemahan dengan penterjemah manusia, iaitu Nahmar Jamil. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan bagi memperoleh sampel yang terdiri daripada frasa idafah, sifat, badal, 'atf, tawkid dan frasa idiomatik (ta'bir istilahi) yang terdapat dalam novel tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terjemahan manusia mempunyai nilai dan kualiti yang lebih baik berbanding terjemahan mesin. Mesin hanya digunakan sebagai alat bantu bagi seorang penterjemah profesional,Arabic-Malay translation is shaped by a new trend of translation stemming from current development of technology that has brought major changes to the world of translation. Machine translation technology definitely works to facilitate translation. To translate an Arabic phrase requires deep knowledge of Arabic language studies because of the multiplicity of phrases in the language which makes it special. Machine that is automated depends on its software and has its word bank, while human uses his skills when translating. Both have the ability to translate a text. But the important is which translation is better. Subsequently the question is whether machine is capable of translating a text as human and whether it will replace the position of a professional translator in the future. Thus, the aim of this study is to analyse the translation results between human and machine translations in translating Arabic phrases. The translated text is entitled al-'Ankabut and it is an Arabic novel of a famous Egyptian writer, Mustafa Mahmud. Data are analyzed using descriptive analysis method involving the two categories of the Google translation engine representing machine translation and human translation, which is Nahmar Jamil. Simple random sampling method is used to obtain samples from idafah, adjective, badal, 'atf, tawkid and idiomatic phrase (ta'bir istilahi) present in the novel. The results show that human translation has better quality and value rather than machine translation. Machine is only used as a tool for a professional translator.,PhD
Pages: 134
Call Number: PJ6170.K484 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84065+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.