Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487667
Title: Dasar pembinaan mental dan kerohanian Islam (DPMKI) : masalah dan cabaran pelaksanaannya di kor agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)
Authors: Khairul Fauzi Azmi (P42416)
Supervisor: Badlihisham Mohd Nasir, Prof. Dr.
Keywords: Armies-Religious life and customs-Malaysia
Issue Date: 24-Apr-2014
Description: Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam (DPMKI) yang dilaksanakan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) adalah merupakan doktrin penting bagi menjana kekuatan tempur kerohanian. Namun, kredibiliti KAGAT sebagai pihak yang mengurus dan melaksana DPMKI masih dipersoalkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kefahaman konsep dan pelaksanaan DPMKI serta menganalisis pengurusan DPMKI yang dilaksanakan oleh KAGAT terutamanya dari sudut masalah dan cabaran yang dihadapi. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, soal selidik, temu bual dan pemerhatian bagi memperoleh data berkaitan. Kajian soal selidik dijadikan kerangka instrumen kajian untuk melihat isu dari sudut konsep dan elemenelemen pengurusan DPMKI. Seramai 219 orang responden pegawai dan anggota KAGAT digunakan sebagai sampel kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah dan persampelan bertujuan. Keseluruhan hasil kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 16 secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep pembinaan mental dan kerohanian ini telah pun berlaku di dalam ketenteraan Islam silam dan terbukti berupaya menjana kekuatan daya tempur kerohanian yang mantap. Kajian mendapati KAGAT telah berusaha sedaya mungkin untuk mencapai objektif DPMKI melalui pelbagai pendekatan. Bagaimanapun KAGAT terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam menguruskan pelaksanaan DPMKI. Beberapa masalah yang dikenal pasti melibatkan aspek pengorganisasian, perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti DPMKI. Selain itu, KAGAT juga berhadapan dengan cabarancabaran seperti cabaran dalaman, cabaran dasar dan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta cabaran luaran. Namun begitu, masalah dan cabaran ini adalah di luar bidang kuasa KAGAT untuk mengatasinya. Secara keseluruhan, kesan kajian ini berupaya mengukur tahap pelaksanaan DPMKI di KAGAT dalam memantapkan lagi jentera pelaksanaan DPMKI di masa hadapan dan memberi sumbangan terhadap implikasi teori dan praktis,Ph.D
Pages: 577
Call Number: UA853.M4 K484 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82090+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.