Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487666
Title: | Konsep a'dalah dan musawah menurut pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd |
Authors: | Nur Zainatul Nadra Zainol (P58301) |
Supervisor: | Muhd Najib Abd Kadir, Prof. Dr. |
Keywords: | A'dalah dan musawah Pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd Islam and justice |
Issue Date: | 15-May-2015 |
Description: | Konsep a'dalah dan musawah dalam Islam bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah bukan bersandarkan kepada akal manusia. Namun, konsep ini sering disalahertikan oleh sebilangan sarjana Muslim Moden dengan mengaitkannya sebagai human-rights; hak-hak ekslusif yang diberikan kepada setiap manusia. Antara golongan tersebut adalah Nasr Hamid Abu Zayd yang telah menyandarkan konsep ini kepada fitrah dan kebebasan yang telah dianugerahi Allah SWT kepada manusia sehingga tegar untuk melakukan rombakan terhadap hukum-hukum al-Quran sekiranya hukum tersebut tidak selaras dengan konsep yang dibawanya. Penekanan nilai kemanusiaan yang berlebihan ini telah menyalahi konsep cadalah dan musawah menurut al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji pemikiran Abu Zayd tentang al-Quran serta pemikirannya terhadap konsep cadalah dan musawah. Konsep yang diperkenalkan oleh Abu Zayd dibandingkan secara berterusan dengan konsep cadalah dan musawah menurut al-Quran dan al-Sunah melalu isu-isu terpilih. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data bersumberkan kepada analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya penulisan Abu Zayd dan proses penganalisisan melalui kaedah analisis tematik yang telah melalui proses kesahan Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan pemikiran al-Quran Abu Zayd adalah humanistic hermeneutics. Ia berlaku pada empat peringkat iaitu pada definisi, bahasa, proses penurunan wahyu dan pentafsiran al-Quran. Pemikiran ini ditolak oleh mufassir kerana bersalahan dengan konsep asal wahyu dan al-Quran. Pemikiran Abu Zayd terhadap konsep cadalah dan musawah bersifat humanisme yang jelas bercanggah dengan konsep menurut al-Quran dan al-Sunnah iaitu bersifat al-rabbaniyyah, al-huriyyah, al-haqq dan al-salam. Berdasarkan kepada tema-tema yang telah dianalisis, maka didapati Abu Zayd telah melakukan ijtihad baru terhadap hukum syariah berlandaskan kepada aspek kontekstual yang boleh menjurus kepada lahirnya pemikiran humanisme dan feminisme. Bahkan konsep cadalah dan musawah yang dianjurkan Abu Zayd bersifat nisbi (relative) yang memberi fokus pada aspek al-huriyyah dengan menjurus kepada penekanan nilai kemanusiaan semata-mata dan menidakkan aspek al-rabbaniyyah. Implikasi kajian ini menunjukkan pemikiran yang mengagungkan akal manusia semata-mata perlu dibendung untuk mengelak salah faham tentang Islam serta syariatnya. Kajian ini memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat Islam untuk berhati-hati dengan dakyah yang dibawa oleh golongan sealiran dengan Abu Zayd.,Ph.D. |
Pages: | 441 |
Call Number: | BP173.43.N846 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81995+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.