Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487664
Title: | Kefahaman fiqah interaksi kekeluargaan antara mualaf dan ahli keluarga bukan Islam di Sabah |
Authors: | Sarip Adul (P53420) |
Supervisor: | Hasnan Kasan, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Fiqah Keluarga mualaf Families-religious aspect-Islam. |
Issue Date: | 1-May-2015 |
Description: | Ajaran agama Islam semakin mendapat sambutan positif masyarakat di Malaysia terbukti melalui peningkatan jumlah penduduk bukan Islam yang memeluk agama Islam, termasuklah di negeri Sabah. Walau bagaimanapun kekurangan pengetahuan agama dalam kalangan mualaf berpotensi menyebabkan interaksi mereka dengan keluarga bukan Islam tidak selari dengan aturan agama. Oleh itu, kajian bertujuan menganalisis pandangan fuqaha dalam isu-isu fiqah terpilih melibatkan interaksi kekeluargaan antara mualaf dengan keluarga bukan Islam. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan mualaf ketika interaksi kekeluargaan melibatkan hukum hakam syarak; perbezaan dan korelasi antara pengetahuan, sikap dan amalan mualaf; dan regresi antara pengetahuan, sikap dan amalan mualaf dalam berhadapan dengan permasalahan tersebut. Lokasi kajian adalah di Bahagian Pantai Barat Sabah kerana mencatatkan kadar pengislaman paling ramai berbanding bahagian-bahagian lain. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dan kuantitatif menggunakan kaedah populasi, pensampelan dan soal selidik. Kajian analisis kandungan dibuat dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqah klasik dan kontemporari dalam pelbagai mazhab. Dalam menjalankan kajian kuantitatif, sebanyak 600 borang soal selidik diedarkan kepada responden. Setelah diproses dan dibuat pembersihan data jumlah borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 546 sahaja. Responden adalah dalam kalangan mualaf yang dipilih secara purposif. Data kajian dianalisis menggunakan pakej Statistik SPSS versi 21. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferens dengan menggunakan ujian-ujian statistik para metrik iaitu ujian T Test satu hala, ANOVA satu hala, korelasi Spearman rhu dan regresi berganda. Kajian ini mendapati isu-isu fiqah interaksi kekeluargaan mualaf lazimnya mencakupi aspek ibadah, pengurusan jenazah, aurat, pakaian, makanan, sembelihan, harta pusaka, wasiat, nafkah, ucapan salam, berjabat tangan, penukaran nama kerana memeluk Islam dan sambutan perayaan bersama. Dapatan dari kajian syarak menunjukkan para fuqaha berbeza pandangan pada hampir kesemua isu-isu tersebut. Kajian ini mendapati tahap kefahaman mualaf mengenai fiqah yang melibatkan interaksi kekeluargaan antara mereka dengan ahli keluarga bukan Islam masih rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan mualaf berdasarkan kepada perbezaan tempoh memeluk Islam dan kekerapan menghadiri kelas bimbingan agama. Terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara pengetahuan, sikap dan amalan mereka. Pengaruh pengetahuan dan sikap terhadap amalan mualaf cuma 40.4% varian dan 59.6% varian lagi adalah dari faktor luar yang perlu kepada kajian susulan. Kajian ini diharap boleh menyumbang kepada perbincangan fiqah berasaskan fiqh wāqiec. Implikasi kajian mencadangkan pembinaan manual interaksi antara kaum berasaskan kerangka fiqah dan meletakkan keutamaan pada pembentukan sikap di samping penekanan aspek pengetahuan dalam semua proses pendidikan yang melibatkan mualaf.,Ph.D |
Pages: | 436 |
Call Number: | HQ525.I8 S246 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81993+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.