Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487661
Title: Kaedah tafsir dalam Tafsir al-Mishbah karya M. Quraish Shihab
Authors: Abur Hamdi Usman (P60356)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Tafsir al-Mishbah
M. Quraish Shihab
Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Issue Date: 31-Oct-2014
Description: M. Quraish Shihab adalah salah seorang mufasir yang banyak memberikan sumbangan akademik dalam wacana pentafsiran al-Quran di Indonesia. Salah satu magnum opusnya ialah Tafsir Al-Mishbah. Pada kitabnya tersebut, beliau telah menggunakan kaedah pentafsiran yang memandunya dalam mentafsirkan al-Quran. Metode seperti ini turut digunakan oleh mufasirin lainnya bagi memastikan pentafsiran mereka selaras dengan kehendak syarak. Namun begitu, masih ramai yang belum mengetahui apatah lagi menguasai disiplin ilmu ini, malahan penulisan berkaitan dengannya di Nusantara terlalu sedikit. Oleh itu, faktor-faktor yang disebutkan ini menjadikan kaedah pentafsiran amat penting untuk dikaji. Tambahan pula ianya ada pertalian yang erat dengan keistimewaan bahasa Arab sebagai salah satu ilmu bantu dalam pentafsiran al-Quran. Justeru itu, kajian ini secara jelas bertujuan untuk menilai ketokohan M. Quraish Shihab dalam Tafsir dan bahasa Arab serta sumbangan yang telah dihasilkannya menerusi kedua-dua bidang tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis keselarasan serta ketepatan kaedah pentafsiran yang telah diaplikasikannya. Bagi mencapai objektif tersebut, penulis menggunakan metode analisis kandungan dengan menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh beliau bagi mengenal pasti kaedah pentafsiran yang digunakan. Sehubungan dengan itu, bagi mengukuhkan dan menambahbaik dapatan kajian, penulis turut mengaplikasikan metode temubual terhadap tokoh. Hal ini dimaksudkan untuk mendapatkan komen beliau terhadap beberapa kaedah yang digunakannya tetapi menyalahi kaedah jamhur. Berdasarkan bahan-bahan yang dianalisis, kajian ini mendapati ketokohan M. Quraish Shihab dalam ilmu Tafsir amat menyerlah dengan penghasilan karya tulis yang berkualiti dan diminati ramai serta kukuhnya azam beliau bagi memartabatkan disiplin ilmu ini di Indonesia. Usahanya itu dilakukan menerusi pelbagai pendekatan, seperti penubuhan institusi pengajian, penglibatan dalam organisasi dan pengacara program ilmiah dalam media arus perdana. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati lapan puluh lima kaedah pentafsiran dalam Tafsir Al-Mishbh dengan perincian: Dua puluh kaedah ilmu Sintaksis, sepuluh kaedah ilmu Morfologi, dua puluh sembilan kaedah ilmu Retorika, tujuh kaedah cUlm al-Qurn dan sembilan belas kaedah pentafsiran umum. Dengan penghasilan kajian ini turut menyumbang kepada kekayaan khazanah ilmiah, kerana tidak ramai yang menceburi ilmu ini sama ada dari aspek pembelajaran, pengajaran mahupun penulisan.,Ph.D
Pages: 456
Call Number: BP130.4.S53933 A237 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81987+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.