Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487655
Title: | Kehebatan ijaz dalam surah al-Rum dan al-'Ankabut : kajian retorik |
Authors: | Ihmidat Ihmid Mahmud 'Abd Allah (P64839) |
Supervisor: | Dr Muhamad Nur Abdullah |
Keywords: | Ijāz Surah al-Rum Surah al-'Ankabut Kemuliaan al-Quran Arabic language-rhetoric. |
Issue Date: | 24-Feb-2013 |
Description: | Bahasa Arab terserlah dengan keistimewaan dan ciri-cirinya yang mungkin tidak wujud dalam mana-mana bahasa, menjadikannya sebagai salah satu bahasa dunia yang sangat sempurna. Antara gaya bahasa ini ialah ījāz yang mengandungi pelbagai makna dalam jumlah perkataan yang sedikit, tetapi masih memenuhi tujuan. Kemungkinan, gaya bahasa ini merupakan ciri bahasa Arab yang paling penting kerana ramai ulama begitu terpesona dengannya sehinggakan balaghah Arab dinamakan ījāz lantaran kedudukan, kelebihan dan nilainya berbanding dengan gaya bahasa balaghah Arab yang lain. Dengan itu, adalah menarik untuk diterokai keindahan dan balaghah ījāz yang luas sempadannya. Objektif kajian ini ialah mendedahkan kehebatan ījāz dalam surah al-Rūm dan alc Ankabūt - kerana keduadua surah ini mengandungi banyak gambaran ījāz yang berbagai, menjelaskan kehebatan balaghah dan tema-temanya yang diasaskan pada konteks, termasuklah dimensi makna yang indah dan berkait dengan ayat-ayat al-Qur'an, dalil-dalil penerangan sempurna yang memikat dan mengilhamkan hati dan akal audiens. Inilah matlamat kajian ini dalam mengenal pasti lokasi ījāz, mendedahkan keindahan kreatif lokasi ījāz tersebut, dan menjelaskan kesan balaghahnya termasuk pelbagai makna yang menambahkan ketinggian dan kemuliaan al-Qur'an kerana al-Qur'an itu kitab mukjizat yang tidak tertakluk kepada sebarang penyelewengan sebelum dan selepasnya. Kajian ini menggunakan dua kaedah: kaedah induktif yang diasaskan pada data daripada pelbagai sumber dan kaedah deskriptif analisis yang menyasarkan ayatayat mulia itu dan mentafsirkannya aspek balaghahnya. Kaedah ini berguna dalam merealisasikan objektif kajian dan menilai fakta untuk dapatan akhir. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendukung ciri al-Qur'an yang mulia dalam menggunakan gaya bahasa ījāz yang berbagai-bagai dan menguatkan penerokaan baru aspek semantik, kreativiti yang hebat dan rahsia balaghah yang membuktikan ketinggian kedudukan al-Qur'an dan jangkauannya yang mengatasi semua jenis ekspresi dalam aspek nazam, penyusunan dan mukjizat. Terdapat pelbagai gambaran mukjizat dalam kedua-dua surah tersebut. Begitu juga, terdapat pelbagai tema balaghah dan dalil-dalil yang hebat tentang ījāz sebagaimana yang dijelaskan dalam konklusi kajian ini. Dengan rahmat Allah, usaha ini dapat dijayakan.,Arabic is marked with distinctive features and characteristics that are possibly not present in any other languages, making Arabic one of the most self-sufficient languages of the universe. Of these stylizations, ījāz that embodies various meanings in a few words, still delivering required purpose. Possibly, this stylization is the most important feature of Arabic as it so impresses religious scholars that Arabic rhetoric is called ījāz because of its important position, speciality and value compared to other Arabic rhetoric stylizations. Thus, it is interesting to explore the beauty and rhetoric of ījāz with its vast boundary. The objectives of this study are exposing the inimitability of ījāz in the Chapters al-Rūm and alc Ankabūt - because these Chapters contains many various pictures of ījāz, explaining the rhetorical inimitability and its contextbased themes, including beautiful diversions of meaning related to the Qur'anic verses, splendid explicative evidences that entice and inspire the hearts and minds of the audiences. This is the goal of this research in identifying the locations of ījāz, illuminating the creative beauty of the located ījāz, and explaining its rhetorical effect including its various meanings that increase the superiority and veneration of the Qur'an because the Qur'an is an inimitable scripture that does not yield to antecedent and subsequent corruptions. This study relies on two methods: inductive method that is based on data from various sources and analytical descriptive method aimed at analyzing the noble verses and interpreting their rhetoric. These methods are useful in realizing the objectives and assessing facts for the final results. On the whole, the results underpin the feature of the noble Qur'an in using ījāz stylization with its varieties and reinforce the proven new insights of semantics, inimitable creativities and rhetorical secrets that point to the high position of the noble Qur'an and its superiority over all kinds of expression in terms of rhyme, juxtaposition, rhetoric and inimitability. There are various pictures of the inimitability in the noble Chapters. Likewise, there are rhetorical themes and inimitable evidences of ījāz as explained in the conclusions of this study. With the beneficence of Allah this effort is accomplished.,Master |
Pages: | 194 |
Call Number: | PJ6696.Z5 R4557 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81522+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.