Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487653
Title: Seni al-badi' dalam hadith Nabi SAW : kajian analisis aplikasi dalam al-Lu'lu' wa al-Marjan
Authors: Tabrani Hannanah Mukhtar (P33838)
Supervisor: Ustaz Zamri Ariffin
Keywords: Seni al-badi'
Kitab al-Lu'lu' wa al-Marjan
Hadith Rasulullah
Hadith -Language
style-rhetoric.
Issue Date: 27-Aug-2013
Description: Kajian ini mengenai Balaghah Rasulullah S.A.W melalui hadith baginda, terutamanya berkaitan penggunaan seni al-badi'. Objektif kajian ini ialah untuk menyingkap seni al-badi' dalam hadith Nabi yang termuat dalam kitab al-Lu'lu' wa al-Marjan fi ma Ittafaqa 'alayh al-Shaykhan. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode deskriptif analisis. Dalam metode deskriptif, kajian mengkaji mengenai seni al-badi' secara umum, seperti takrif, kemunculan, perkembangan dan kepelbagaian jenisnya, di samping menyerlahkan bentuk-bentuk perbezaan antara sarjana Balaghah dalam perkara ini. Sementara dalam metode analisis pula, kajian menjelaskan makna kosa kata hadith yang kabur, kemudian dikeluarkan seni al-badi' yang terdapat dalam lafaz hadith dengan menjelaskan aspek estetikanya dan merujuk kepada tujuan Nabi S.A.W menggunakan seni tersebut. Ia dilakukan secara teliti dan bersikap berkecuali dalam setiap langkah tersebut. Kadang-kadang, pengkaji terpaksa menjelaskan hadith dari sudut Balaghah secara umum, bukan hanya terbatas kepada aspek al-badi' semata-mata, demi menjelaskan makna hadith tersebut. Penganalisisan Balaghah dari sudut al-badi' dalam kajian ini hanya terbatas kepada hadith-hadith qawli sahaja, dan tidak termasuk hadith fi'li atau kata-kata para Sahabat. Ini adalah disebabkan ilmu Balaghah adalah satu cabang daripada bahasa yang mengkaji lafaz dan maknanya. Manakala hadith fi'li hanyalah kata-kata para Sahabat atau para isteri Nabi yang memberikan gambaran perlakuan Nabi S.A.W. Antara dapatan kajian ini ialah Rasulullah S.A.W menggunakan pelbagai jenis seni al-badi' dalam hadith baginda, seperti kedua-dua jenis tibaq, jinas, saj‘, jam‘, husn al-taqsim, tafriq, muqabalah, tawriyah, uslub al-hakim, iltifat, radd al-‘ajuz ‘la al-sadr, iqtibas, ta‘attuf, tardid, mushakalah, ighal, tatmim, mura‘at al-nazir, laff wa nashr dan sebaliknya, tabdil, muwazanah atau mumathalah, tawshi', irsad dan luzum ma la yalzam. Hikmah di sebalik Nabi S.A.W menggunakan bentuk-bentuk al-badi' tersebut adalah untuk menjadikan hadith itu lebih memberikan kesan ke dalam diri para pendengar dan bertepatan dengan objektif perutusan Nabi, iaitu untuk memberi manusia petunjuk ke jalan yang benar dan lurus.,This study addresses the rhetoric of the Prophet S.A.W through his noble hadith, especially with regard to his employment of art of badī c . This study is intended to expose the art of badi' in the noble hadith present in the book al-Lu'lu' wa al-Marjān fī mā ittafaqa c alayh al-Shaykhān. To realize the objective, this study relies on analytical descriptive method. This descriptive method necessitates a study of the art of badi' generally such as its definition, birth, growth and various kinds, apart from crystallizing the differences among rhetorical scholars in this regard. In light of the analytical method, this study is intended to explain the difficult meanings of the hadith vocabulary, extract the art of badi' underlying the words of the hadith, explain their beauty aspects and refer to the intention of the Prophet S.A.W in the use of the art of badi'. This is done meticulously and neutrally in each step. Sometimes, the study is forced to discuss the hadith from the perspective of the rhetoric generally without being restricted to the aspects of badi' only, in order to clarify the meanings of the hadith. This study of rhetoric from the perspective of badi' is confined to verbal hadith, excluding action related hadith or the words of the Companions R.A. This is because rhetoric is a branch of language that is concerned with words and meanings whereas the action related hadith is merely the words of the Companions or the Mothers of the Believers R.A that describe the actions of the Prophet S.A.W. It is found in that the Prophet S.A.W draws on various types of badi' in his hadith, such as two types of tibāq, jinās, saj c , jam c , husn taqsīm, tafrīq, muqābalah, tawriyyah, uslūb al-hakim, iltifāt, radd alc ajz c ala al-sadr, iqtibās, ta c attuf, tardīd, mushakālah, īghal, tatmīm, murā c āt al-nazīr, laff wa nashr and otherwise, tabdīl, muwāzanah, mumāthalah, tawshī c , irsad, luzūm mā lā yalzam. The wisdom underlying the use by the Prophet S.A.W of the types of badi' is to make the hadith more forceful in shaping the souls of the listeners in line with the objectives of his prophethood, i.e. to guide people to the right and correct path.,Ph.D
Pages: 271
Call Number: PJ6697.Z5 R458 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81509+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.