Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487652
Title: Peranan wanita dalam perundangan Islam : kajian perbandingan antara Fiqh dan undang-undang Libya
Authors: Shawish 'Abd al-Majid Mahmud Muhammad (P50621)
Keywords: Peranan wanita
Perundangan Islam
Perundangan Libya
Hukum syariah
Women-Legal status
laws
etc. (Islamic law)-Libya
Issue Date: 8-Dec-2011
Description: Banyak perbincangan dan perbahasan berkenaan dengan peranan wanita dalam perundangan Islam, sehingga ada di kalangan wanita yang menduduki jawatan - jawatan tinggi di setengah-setengah Negara Islam. Oleh itu permasalaha kajian ini berkisar disegi sejauha mana kemampuan semula jadi dan pencapaian usaha oleh seseorang wanita untuk memegang berbagai jawatan dan bagaimana mengharmunikannya dengan tugasnya yang asasi. Kepentingan kajian ini ialah untuk membuktikan peranan wanita dalam masyarakat adalah amat penting dan asasi yang tidak memungkinkan masyarakat untuk maju tanpa mereka, oleh itu peranan wanita dalam kontek ini amat penting, yang tertakluk kepada syarat-syarat, kemampuan semulajadi dan keupayaannya. Ini perlu dipastikan bagi sesiapa yang memegang jawatan samada lelaki mahupun permpuan. Banyak pendapat dan pelbagai syarat berbeza diletakkan oleh para fuqaha, tokoh-tokoh politik dan lain-lain. Kajian ini tidak mampu memuatkan segala pandangan tokoh politik dan lain-lain, maka kajian ditumpukan hanya kepada pendapat fuqaha bagi setiap kerjaya (jawatan yang dipegang wanita) dan memilih yang lebih hampir dengan realiti semasa umat. Oleh itu kajian dibuat keatas undang-undang Libya dan sejauhmana ianya selari dengan syarak. Maka matlamat kajian ini ialah untuk kenal pasti sejauhmana kedudukan (status) wanita dalam Islam dan apakah syarat-syarat untuk setiap kerjaya (jawatan) bagi mereka, bagitu juga untuk kenal pasti sejauh mana keserasian antara teks-teks perundangan Libya dengan hukum Syariah dalam pelbagai jawatan. Pengkaji menggunakan dua metod kajian iaitu metod pengumpulan data dan analisa data. Pengumpulan data iaitu mengumpulkan segala pendapat dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk dan analisa data ialah segala data terkumpul dikaji dan dianalisa kemudian dibincangkan dan dipilih yang lebih menasabah untuk realiti semasa. Pengkaji mendapati beberapa penemuan dan yang terpenting ialah; Wanita yang cukup kelayakan mempunyai peranan penting dalam masyarakat, dan menjaga kepentingan-kepentingan utama adalah asasi dalam Islam dan wanita mestilah mengutamakan kepentingan-kepentingan asasi untuk mereka melebihi dari yang lain. Para fuqaha (samaada ulama dahulu dan sekarang) sebulat suara berpendapat bahawa wanita tidak dibolehkan memegang dua jawatan utama iaitu kepimpinan Negara dan kepimpinan (imam) sembahyang dan ulama berselisih pendapat selain dari keduanya, kerana ketiadaan sebarang teks perundangan Libya yang menghalang wanita memegang sebarang jawatan tetapi perlaksanaannnya tidak mempastikan demikian.,There are lot of discussion and debate on the rule and function of women in Islamic Law as some of them reached the highest level of their career in some Muslim countries. Hence the problematic statement of the study centered on the natural abilities of women as well as their achievable abilities to hold such positions and to harmonize them with their priorities. The significance of the study is to prove that the rule of women in society is very important by which no single society to be successful without the rule and function of women. This rule must be guided by certain conditions depending on their natural and physical abilities for anyone to hold any position (male or female). Many opinions and diversified conditions put forward by fiqh jurists as well as NGOs and political leaders with certain different degrees. To avoid unnecessary length of the study, the researcher has limited the scope of the study on the opinion of fuqahā for every position (of women) and chooses the most suitable ones for present realities. By doing this, scrutinizing the texts of Libyan Laws and their conformity with Islamic rules is very important. Thus the objectives of the study are: to explain the status of women in Islam, the conditions for each of their position and to what extent the texts of Libyan Laws conform to Islamic laws for many different positions. The researcher employed two methods of study: data collection and analysis. Data collection based on opinions of fuqahā and other information, then analysis was done on them, discussed and then choose the predominance which is most suitable to present situations. The researcher reached certain findings and the most important of them are that any qualified woman has her position in society: observing the priorities is commanded legally in Islam and therefore the women must give precedent to their main importance position other than other rules. The fuqahā agreed unanimously that the women are prohibited from holding the top political leadership and the position of imam in prayers. They differ for other positions, as there is no provision to that effect in Libyan laws to prohibit women from holding any post, but the implementation of it proves otherwise.,Ph.D
Pages: 264
Call Number: BP158.W7 S534 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81508+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.