Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487647
Title: Diwan Al-Mazalim: Dirasat Fiqhiyyah Muqaranat Bi Qanun Al-Mazalim Al-Urduni Wa Al-Sa C Udi
Authors: Yunis 'Abd al-Salam 'Isa Muhammad Bani (P54456)
Supervisor: Dr. Wadud Mustafa Mursi
Keywords: Sistem Kehakiman Islam
Mahkamah Mazalim
Fiqh Islam
Islamic courts -Jordan
Issue Date: 11-Jun-2012
Description: Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada penjelasan tentang hubungan antara badan-badan kehakiman yang terdapat di Jordan dan Arab Saudi, dan perbahasan tentang keserasian kedua-duanya dengan Diwan al-Mazalim yang terdapat dalam Sistem Kehakiman Islam, juga kerana tidak diketahui sebab-sebab yang membawa kepada penubuhan Kehakiman Mazalim di Jordan dan Arab Saudi, serta ketidakjelasan bidang kuasa Mahkamah Mazalim dari sudut undang-undang, begitu juga kerana ketidakjelasan bidang kuasa hakim Mahkamah Mazalim. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan jenis-jenis badan kehakiman yang terdapat dalam Fiqh Islam, kedudukannya, serta bidang kuasa setiap satu daripadanya, serta menjelaskan sejauh mana hubung kait yang ada di antaranya. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan sebab-sebab kelahiran kehakiman Mazalim serta perkembangannya sepanjang zaman pemerintahan Islam. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan tentang bidang kuasa hakim Mahkamah Mazalim dan menerangkan tentang jenis-jenis isu serta permasalahan yang boleh dikemukakan dan diselesaikan oleh Mahkamah Mazalim. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kesan kehakiman Mazalim terhadap kestabilan kehidupan manusia dan dalam menyusun atur kehidupan individu, masyarakat dan negara, serta peranannya dalam menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dan menyusun urusan negara. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelantikan hakim Mahkamah Mazalim, pemecatannya, peletakan jawatannya, dan kes-kes yang boleh dikendalikannya dari sudut fiqh dan undang-undang. Kajian ini menggunakan metode induktif dengan mengkaji pandangan para ulama, fuqaha, serta tulisan yang mempunyai kaitan dengan tajuk ini di samping merujuk kepada dalil-dalil syarak daripada sumbernya yang muktabar. Kajian ini juga menggunakan metode analisis dengan merujuk kepada pengertian-pengertian perkataan dari sudut bahasa, istilah serta pandangan fiqh dan dalil syarak lalu melakukan analisis terhadapnya.Kajian ini mendapati bahawa Kehakiman Mazalim dianggap sebagai badan kehakiman paling kuat dan berkuasa berbanding badan-badan kehakiman lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan hak. Kajian ini juga mendapati bahawa antara faktor yang menyebabkan tertubuh dan berkembangnya Kehakiman Mazalim ini adalah kerana tersebarnya kezaliman serta ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak berpengaruh dan berkuasa dalam negara, serta ketidakmampuan badan kehakiman biasa untuk mengembalikan hak kepada pihak yang berhak. Sebagaimana kajian ini juga mendapati bahawa syarat-syarat yang mesti wujud pada hakim Mahkamah Mazalim adalah sama sahaja dengan syarat yang mesti ada pada hakim mahkamah biasa, namun terdapat tambahan bahawa hakim Mahkamah Mazalim mestilah seorang yang mempunyai kehebatan dan kekuasaan. Kajian ini juga mendapati bahawa badan Kehakiman Mazalim di Jordan dan Arab Saudi kedua-duanya berbeza dengan apa yang dilaksanakan di Mahkamah Mazalim sepanjang zaman pemerintahan Islam pada sesetengah perkara, namun turut juga mempunyai kesamaan dalam sesetengah perkara. Kajian ini juga mendapati bahawa kedua-dua undang-undang ini secara umumnya adalah lebih terbatas dan lebih terhad, terutamanya dari sudut penjelasan tentang hak istimewa (prerogatif) hakim Mahkamah Mazalim.,The statement of the problem of the research is centered around the cognizance of connection between types and variety of judiciaries in Jordan and Saudi Arabia especially the deficiency of Jordan and Saudi Arabia Diwan al-Mazalim in terms of their conformity or non- conformity with Diwan al-Mazalim in Islamic jurisdiction, also miss information on factors leading to the establishment of Mazalim jurisdiction, unclear legal status of Mazalim courts according to law, as well as the competency of Mazalim judges in both countries. The study aims to explain various types of judiciaries in Islamic fiqh, their position and jurisdiction and the extent of their coordination. It also aims to explain factors of Mazalim judicial establishment and their development throughout the era of Muslim Administration as well as to explain the jurisdiction of judges of Mazalim courts and the issues which can be decided or settled by them. It also aims to explain the effect of Mazalim court's decisions on the stability of people's lives, the organization of the relation between individuals, society and the state through settling of disputes. It also aims to explain the basis of appointing judge of Mazalim courts, his impeachment, resignation and cases under his jurisdiction according to fiqh and law. The research depends on inductive method by investigating opinions of ulama, fuqaha' and works (books) relating to the subject through reference to Shariah reliable sources. The study also uses analytical approach by analyzing the literal and terminologies meaning, as well as opinion of fuqaha' and Shariah sources, then drawing conclusions. The study found that the judicial of Mazalim is considered the strongest and more powerful compared to other judicial systems which provide shelter and settlement of rights disputes. The study also found that the widespread injustices by executive agencies, the authorities and the inability (failure) of other judiciaries in settling disputes and compensating rights to the wronged are among the contributing factors to the growth of Mazalim judiciary. The terms and conditions (qualifications) for Mazalim judges are the same as those for conventional (civil) courts judges, with additional values of personal respect and strength. The study also found that both Diwan al-Mazalim (in Jordan and Saudi Arabia) differ in some matters from the Mazalim courts practiced in the era of Islamic political administration, whereas, there are other matters in which they agree. However, these two laws generally lack some aspects especially the prerogative powers of Mazalim judges.,Ph.D
Pages: 264
Call Number: BP144 .Y84 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81165+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.