Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487645
Title: | Analisis metode tarjih al-qira'at dalam Tafsir Jami al-Bayan 'an Ta'wil Ay al-Quran dan kesannya terhadap ilmu qiraat |
Authors: | Nor Hafizi Yusof (P53906) |
Supervisor: | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. |
Keywords: | Analisis metode tarjih Ilmu qiraat Qur'an -- Readings -- Early works to 1800 |
Issue Date: | 29-Aug-2013 |
Description: | Perbahasan ilmu qiraat oleh Imam al-Tabari dalam tafsirnya telah memberikan kesan terhadap disiplin ilmu qiraat. Melalui kaedah al-Tarjih yang digunakan, al-Tabari dianggap telah melebihkan salah satu di antara qiraat yang mutawatirah serta menolak beberapa wajah qiraat yang dianggap oleh beliau sebagai tidak sahih dan diriwayatkan secara ahad. Sebahagian ulama qiraat menganggap ia sebagai suatu kecaman terhadap ilmu qiraat serta menyalahi konsep qiraat sebagai sunnah muttabacah. Bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam yang membaca serta menjadikan Tafsir al-Tabari sebagai rujukan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki perkaitan di antara Imam al-Tabari dengan ilmu qiraat dan ilmu tafsir al-Qur’an. Ia juga bertujuan menganalisis metode al-Tarjih yang digunakan oleh beliau dan kesan pendekatan tersebut terhadap qiraat mutawatirah serta displin ilmu qiraat. Data ini dianalisis dengan membahaskan pandangan ulama qiraat terhadap kaedah yang digunakan oleh Imam al-Tabari dalam perbahasan ilmu qiraat ini, seterusnya membuat satu rumusan dan pendekatan terbaik ketika berinteraksi dengan tafsir tersebut. Kajian kualitatif ini memilih metode analisis dokumen dengan menjadikan Tafsir Jamic al-Bayan can Ta’wil Ay al-Qur’an karangan Imam al-Tabari sebagai sampel kajian. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah perbahasan dan penilaian qiraat oleh Imam al-Tabari telah menyebabkan beberapa qiraat mutawatirah telah tertolak. Bahkan terdapat dalam kalangan al-Qurra’ al-cAsharah yang tiada dalam periwayatan beliau walaupun ia diterima melalui susunan Imam al-Shatibi dan Imam Ibn al-Jazari. Justeru hasil kajian ini sekaligus menjelaskan kekeliruan yang muncul dalam kalangan pengkaji kitab tafsir ini tentang kedudukan pendekatan Imam al-Tabari serta qiraat mutawatirah yang ditolak oleh beliau.,PhD |
Pages: | 239 |
Call Number: | BP131.5.N647 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77051+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.