Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487639
Title: Tafsir Dan Teori Hermeneutik Al-Quran Menurut Nasir Hamid Abu Zayd
Authors: Muhibudin (P32349)
Supervisor: Ismail Yusoff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tafsir Hermeneutik Al-Quran
Teori Hermeneutik Al-Quran
Nasir Hamid Abu Zayd
Quran--Hermeneutics
Issue Date: 22-Aug-2013
Description: Akhir-akhir ini, ramai dalam kalangan intelektual Muslim telah menjadikan hermeneutik sebagai metodologi untuk mentafsirkan al-Quran. Nasr Hamid Abu Zayd adalah salah satu nama yang aktif mempropagandakan hermeneutik untuk mentafsirkan al-Quran yang dikenal luas pemikirannya. Hermeneutik al-Quran Nasr Hamid Abu Zayd telah dijadikan metodologi untuk mentafsirkan al-Quran tanpa adanya kajian mendalam ke atas implikasi yang ditimbulkan. Bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam yang tidak mengetahui bahaya dan implikasi apabila ia diguna pakai untuk mentafsirkan al-Quran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis hermeneutik al-Quran Nasr Hamid Abu Zayd dan implikasinya dalam mentafsirkan al-Quran. Ia juga bertujuan untuk membuat perbandingan antara tafsir dan hermeneutik, terutama dari sejarah kemunculan dan aplikasinya. Selain itu kajian ini juga menganalisis beberapa pandangan hermeneutik Nasr Hamid Abu Zayd berkaitan dengan hukum-hakam Islam. Kajian kualitatif ini memilih metode analisis dokumen dengan mengkaji konsep hermeneutik baik dari asal kedatangannya iaitu Barat mahupun ketika sudah diguna pakai oleh kalangan intelektual Muslim dalam mentafsirkan al-Quran melalui tulisan-tulisan mereka samada yang ditulis oleh sarjana Barat ataupun intelektual Muslim sendiri. Karya-karya Nasr Hamid Abu Zayd adalah yang diberikan tumpuan agar dapat mengupas bagaimana pengaruh hermeneutiknya dalam mentafsirkan al-Quran. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Analisis data kajian ini menunjukkan kewujudan hubungan yang kuat antara hermeneutik Barat dan hermeneutik al-Quran yang dipropagandakan oleh Islam Liberal tersebut. Justeru, Nasr Hamid Abu Zayd secara jelas menggunakan hermeneutik Barat dalam aplikasi hermeneutiknya. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahaya dari metode hermeneutik al-Quran Nasr Hamid Abu Zayd bila diaplikasikan dalam pentafsiran al-Quran. Dengan hermeneutik al-Qurannya, Nasr Hamid Abu Zayd mengeluarkan ijtihad hukum pembahagian warisan perempuan sama dengan lelaki, poligami adalah dilarang, hijab bukan sebahagian dari tuntutan syariah Islam, serta homoseksual dan lesbian adalah dibenarkan. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa semua perombakan hukum tersebut dilakukan dengan tafsir gaya hermeneutik dengan mengguna nama tafsir kontekstual yang merupakan intipati dari metode hermeneutik itu sendiri. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan penggunaan hermeneutik al-Quran Nasr Hamid Abu Zayd dalam mentafsirkan al-Quran amat merbahaya terutama konsep historisisme teks yang boleh menggugurkan hukum-hakam Islam dengan alasan tidak sesuai dengan zaman.,PhD
Pages: 287
Call Number: BP130.2 .M837 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75142+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.