Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487638
Title: Permasalahan Anak Jalanan Dan Penyelesaiannya Menurut Syariah, Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia: Kajian Kes Di Kota Semarang Indonesia
Authors: Rifanto Ridwan (P33883)
Supervisor: Ibnor Azli bin Ibrahim, al-Ustaz Dr.
Keywords: Masalah Anak Jalanan
Permasalahan Anak Jalanan
Penyelesaian Masalah Anak Jalanan
Street children--Indonesia--Semarang--Social conditions
Issue Date: 22-Aug-2013
Description: Kadar anak jalanan di Indonesia semakin tahun semakin meningkat, keadaan ini semakin bertambah serius seiring dengan krisis ekonomi yang melanda. Pada waktu krisis kenaikan bilangan anak jalanan di Indonesia mencecah 400%, semakin banyak bilangan anak jalanan semakin banyak permasalahan sosial yang timbul. Keadaan ini sangat membimbangkan masyarakat dan juga negara. Bagaimanapun, kewujudan anak jalanan memerlukan perlindungan dan bantuan agar dapat diselamatkan daripada perkara yang mengancam kehidupan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan di kota Semarang Jawa Tengah Indonesia. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti hak anak jalanan yang dilindungi oleh tiga sumber hukum: syariah, undang-undang dan hak asasi manusia. Selain itu kajian ini juga menganalisis tentang perlindungan hak yang diperuntukkan bagi kanak-kanak melalui ketiga-tiga sumber hukum tersebut dan membuat cadangan alternatif penyelesaian ke atasnya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis kandungan dan soal selidik. Temu bual dengan para aktivis anak jalanan, NGO dan tokoh masyarakat yang berpengaruh di Kota Semarang juga dibuat untuk melengkapkan dan mengukuhkan data. Kajian ini mendapati bahawa anak jalanan tidak menepati konsep al-laqit dalam Islam. Maka hukum-hakam yang berkenaan dengan al-laqit tidak boleh diterapkan ke atas anak jalanan. Namun demikian kedua-dua anak jalanan dan al-laqit dapat dikategorikan sebagai golongan lemah yang mesti dibantu. Kajian ini mendapati bahawa kemiskinan menjadi faktor utama munculnya anak jalanan. Selain itu, ketidakstabilan politik, sosial dan krisis ekonomi juga menjadi faktor penyumbang permasalahan, meskipun pihak berkuasa tempatan dan organisasi antarabangsa sudah berusaha sedaya upaya untuk menaik taraf kehidupan mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa perlindungan yang diberikan undang-undang Republik Indonesia dan hak asasi manusia sudah mencukupi akan tetapi dari segi pelaksanaannya terlalu rapuh, sehingga masih banyak hak-hak kanak-kanak yang diabaikan. Walau bagaimanapun, syariah telah terkehadapan dalam membela dan menolong hak golongan lemah seumpama anak jalanan dan membincangkan isu ini seawal terbitnya fajar Islam.,PhD
Pages: 354
Call Number: HV875.58.I52 .S47 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75141+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.