Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487636
Title: | Analisis Hadith-Hadith Kitab Al-Fa'iq Fi Gharib Al-Hadith Dan Metodologi Al-Zamakhshari Dalam Mensyarahkannya |
Authors: | Aguswan Rasyid (P42414) |
Supervisor: | Azwira Abdul Aziz, Ustaz Dr. |
Keywords: | Analisis Hadith-Hadith Kitab Al-Fa'iq Fi Gharib Al-Hadith Metodologi Al-Zamakhshari Mensyarahkan Hadith-Hadith Kitab Al-Fa'iq Fi Gharib Al-Hadith Hadith--Authorities |
Issue Date: | 28-Jun-2013 |
Description: | Al-Zamakhshari merupakan salah seorang tokoh bahasa Arab pada abad keenam Hijrah. Kemahirannya dalam bidang bahasa telah membawa beliau turut serta dalam menyelesaikan isu-isu gharib al-hadith. Kajian ini cuba mengungkap bentuk-bentuk gharib al-hadith dalam kitab al-Fa'iq fi Gharib al-Hadith, mengkaji metodologi al-Zamkhshari dalam menjelaskan gharib al-hadith sekaligus meninjau kesan ideologi Muctazilah dan mazhab Hanafi terhadap al-Zamakhshari dalam mensyarah gharib al-hadith serta menilai hadith-hadith yang terdapat dalam kitab al-Fa'iq. Rekabentuk kajian yang digunakan untuk mengkaji kitab al-Fa'iq ialah kajian kualitatif. Data dianalisis dengan menggunakan beberapa pendekatan antaranya metode induktif, deduktif, komperatif dan analisis kritis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis gharib al-hadith dalam kitab al-Fa'iq terbahagi kepada gharib dalam bentuk kata tunggal (ism al-mufrad), mu'talif dan mukhtalif, tashdid dan takhfif, icjam dan ihmal, mushtarak lafdhi dan gharib dalam bentuk addad. Metode yang digunakan oleh al-Zamakhshari dalam mensyarah gharib al-hadith ialah mensyarahkan gharib dengan ayat al-Quran, hadith, athar sahabah, puisi dan juga menggunakan amthal Arab. Kajian ini turut mendapati bahawa al-Zamakhshari terpengaruh dengan ideologi Muctazilah dan mazhab Hanafi dalam mensyarahkan gharib al-hadith. Dari 669 riwayat yang dikaji, 322 adalah hadith dan 347 athar. Dari 322 hadith yang dianalisis, 124 merupakan hadith sahih, 16 sahih isnad, 14 hasan, 17 dacif, 26 dacif isnad, 2 hasan lighairih, 1 mauduc, 2 sahih lighairih dan 120 riwayat tidak dapat dikesan perawinya. Kajian ini penting bagi penuntut, pengkaji dan umat Islam kerana ia dapat membantu dalam menyelesaikan gharib al-hadith dan mengetahui hukum hadith yang terdapat dalam kitab al-Fa'iq fi Gharib al-Hadith.,PhD |
Pages: | 427 |
Call Number: | BP136.72 .A36 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75140+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.