Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487634
Title: Muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia: kajian terhadap penerimaan dan penolakan di peringkat negeri
Authors: Zulfaqar Mamat (P53187)
Supervisor: Mohd Nasran Mohamed, Prof. Dr.
Keywords: Muzakarah jawatankuasa fatwa
Jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan
Hal ehwal ugama Islam Malaysia
Fatwas--Malaysia
Issue Date: 3-May-2014
Description: Penyelarasan fatwa antara kerajaan pusat dan negeri di Malaysia sememangnya menjadi hasrat dan cita-cita semua pihak. Namun, penelitian yang dibuat terhadap fatwa- fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) sebelum ini menunjukkan ada perbezaan dari sudut penerimaan fatwa-fatwa tersebut. Ada fatwa yang diterima sepenuhnya, dipinda dan ada juga yang tidak diterima atau ditolak pemakaiannya oleh negeri-negeri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah penerimaan dan penolakan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh MJFK di peringkat negeri boleh atau memberi kesan kepada usaha penyelarasan fatwa yang dijalankan selama ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan skop kajian melibatkan fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh MJFK dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri selama 10 tahun bermula dari tahun 2000 hingga 2009. Data fatwa yang diperolehi telah dianalisis secara manual untuk melihat persamaan dan perbezaan antara keduanya. Temubual secara bersemuka juga dijalankan kepada peserta kajian yang dipilih menggunakan sampel bertujuan untuk meninjau pandangan mereka dari aspek penerimaan dan penolakan Negeri-negeri terhadap fatwa MJFK dan juga penyelarasan fatwa. Hasil kajian menunjukkan penerimaan terhadap isu-isu fatwa yang ditimbulkan dalam masyarakat secara bersama. Sebanyak 115 fatwa atau 77.18 peratus isu fatwa yang sama telah dibincang dalam MJFK dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri, sebanyak 47 isu atau 31.54 peratus daripadanya telahpun diwartakan oleh negeri-negeri. Walaupun begitu, terdapat juga fatwa yang berbeza iaitu sebanyak 21 isu atau 18.26 peratus. Kajian ini mendapati punca terjadinya perbezaan disebabkan kuasa yang ada pada negeri untuk menerima atau menolak fatwa MJFK mengikut keperluannya. Selain itu, perbezaan juga berlaku disebabkan faktor ijtihad dalam kalangan ahli, perbezaan dalam dasar sedia ada di negeri dan masalah pentadbiran fatwa di negeri-negeri. Kajian ini turut mendapati bahawa fatwa-fatwa MJFK yang tidak dibincang oleh negeri-negeri sebenarnya diterima pakai sebagai panduan hukum di peringkat negeri. Kajian juga menunjukkan potensi untuk penyelarasan fatwa sentiasa ada dalam isu-isu yang bersifat nasional dan mempunyai maslahah yang besar untuk kepentingan masyarakat secara keseluruhannya dengan syarat semua pihak memainkan peranan, bekerjasama, bertolak ansur dan memahami kepentingan penyelarasan fatwa dilakukan.,PhD
Pages: 371
Call Number: BP158.F3 .Z837 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74827+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.