Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487631
Title: Pelaksanaan konsep dan amalan wakalah bi ajr dalam perniagaan jualan langsung berbilang tingkat
Authors: Kamarudin Awang Mat (P38817)
Supervisor: Abdul Basir bin Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Pelaksanaan konsep wakalah bi ajr
Pelaksanaan amalan wakalah bi ajr
Perniagaan jualan langsung
Berbilang tingkat
Multilevel marketing (Islamic law)
Issue Date: 5-Oct-2014
Description: Dewasa ini terdapat begitu banyak perniagaan jualan langsung berbilang tingkat. Kaedah pelaksanaannya melibatkan wakil berupah yang berangkai. Justeru, timbul kekeliruan kerana ada pendapat yang mengatakan perniagaan tersebut adalah harus dan ada pendapat yang mengatakan haram kerana wakil mendapat hasil melalui usaha orang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sistem jualan langsung berbilang tingkat bagi melihat sejauh mana konsep wakil berupah yang diamalkan ketika ini menepati syarak serta pandangan fukaha terdahulu dan semasa. Kajian ini juga bertujuan untuk memahami konsep wakalah bi ajr dengan mengkaji beberapa konsep yang ada hubungkait dengannya, iaitu wakalah, ijarah, jicalah dan samsarah. Kajian ini juga menganalisis perjalanan sistem jualan langsung, khususnya konsep wakalah bi ajr dalam sistem pemasaran berbilang tingkat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan data dikumpulkan melalui analisis dokumen. Dokumen yang digunakan adalah ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang berkaitan serta pandangan-pandangan ulama dalam kitab-kitab fikah, klasik dan moden, begitu juga artikel-artikel ilmiah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan tajuk kajian. Kesemua data ini dianalisis secara deskriptif dengan membandingkan pandangan-pandangan yang dikemukakan secara kritis bagi mendapat keputusan yang paling baik bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak yang diperakui. Hasil kajian mendapati bahawa sistem pemasaran jualan langsung berbilang tingkat mengamalkan wakalah bi ajr iaitu wakil mendapat ganjaran berbentuk komisen, bonus dan insentif. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa konsep wakalah bi ajr telah dibuat pengubahsuaian iaitu dalam bentuk berangkai sehingga menimbulkan kekeliruan dari sudut keharusannya. Namun demikian, kajian ini mendapati amalan wakalah bi ajr dalam perniagaan jualan langsung tidak bercanggah dengan konsep wakalah dan ijarah. Ini kerana ganjaran tersebut adalah pemberian daripada syarikat, bukannya diambil daripada peserta bawahan dan diberikan kepada semua peringkat yang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan melalui jualan dan penambahan ahli. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan setiap syarikat jualan langsung perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pakar dalam bidang muamalah bagi syarikatnya dengan tujuan untuk mengawal selia perjalanan perniagaan tersebut.,PhD
Pages: 311
Call Number: BP158.M77 .K34 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74824+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.