Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487630
Title: | Pentafsiran asnaf zakat dan aplikasinya di negara Brunei Darussalam |
Authors: | Mazanan Haji Yusof (P48831) |
Supervisor: | Hailani Muji Tahir, Prof Dato' Dr. |
Keywords: | Pentafsiran asnaf zakat Aplikasi asnaf zakat Brunei Darussalam Zakat--Brunei |
Issue Date: | 7-Apr-2014 |
Description: | Penentuan lapan asnaf yang berhak menerima agihan zakat telah dijelaskan dengan terperinci dalam al-Qur'an. Golongan ini lebih dikenali dengan istilah aṣnaf al-zakāt atau aṣnaf al-thamāniyah iaitu al-faqīr, al-miskīn, ᶜāmil, muallaf, al-riqāb, alghārimīn, fī sabīlillah dan ibnu al-sabīl. Walaupun penentuan asnaf zakat ini terperinci dan disepakati oleh para ulama, namun dalam memberikan pentafsiran asnaf-asnaf ini, masih lagi menjadi perdebatan dan percanggahan pendapat di kalangan cendekiawan lslam. Malah, dalam konteks Negara Brunei Darussalam, perkara pentafsiran asnaf zakat juga menjadi satu dilema bagi pihak yang mengurus dana zakat iaitu Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). MUIB dalam konteks ini, bukan sahaja dilihat sebagai pentadbir bagi kutipan dan agihan zakat, malah sebagai pemegang amanah bagi mempastikan zakat dikutip dan mengagihkannya kepada asnaf yang ditentukan. Oleh itu kajian ini bertujuan bagi menjelaskan pentafsiran asnaf zakat menurut perspektif lslam dan menganalisis pandangan para ulama dahulu dan masa kini, serta mengenalpasti kaedah pentafsiran asnaf zakat yang diamalkan di beberapa buah negara Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pentafsiran asnaf zakat dan pengaplikasiannya di Negara Brunei Darussalam agar sesuai dengan keperluan semasa dan masyarakat setempat. Disamping itu, tumpuan juga akan difokuskan terhadap hal-hal yang berkaitan dengan perundangan dan fatwa kerana ia merupakan instrumen yang digunakan bagi tujuan kutipan dan agihan zakat termasuk pentafsiran asnaf. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini mengumpul data melalui temu bual dan observasi. Hasil kajian mendapati ulama dahulu dan masa kini berbeza pendapat dalam memberikan pentafsiran asnaf zakat. Perbezaan pendapat ini berlaku dikaitkan dengan unsur-unsur semasa. Ini memberi ruang kepada pentafsiran asnaf semakin luas mengikut peredaran masa dan tempat tetapi masih berpandukan naṣ daripada al-Qur'an dan hadith. Hasil kajian ini juga mendapati ketidakseragaman pentafsiran asnaf dapat dilihat secara jelas di negara-negara Islam terpilih. Dalam sesetengah negara, pentafsiran asnaf adalah masih dalam bentuk yang klasik, manakala di negara yang lain, pentafsiran yang lebih kontemporari telah digunapakai. Urusan pungutan dan agihan zakat dikendalikan sama ada oleh badan berautoriti agama atau memberikan mandat kepada badan korporat tertentu. Di Negara Brunei Darussalam pula, tidak terdapat undang-undang khusus mengenai zakat. MUIB adalah institusi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal zakat. Terdapat tiga bentuk pentafsiran asnaf zakat yang dapat dihasilkan iaitu menerima pakai pentafsiran ulama klasik, dalam masa yang sama menerima pentafsiran baru yang sesuai dengan tempat dan keadaan semasa, dan tidak adanya keselarasan dalam memberikan tafsiran terhadap asnaf zakat disebabkan tidak adanya garispandu had al-kifāyah yang disahkan oleh MUIB. Kajian ini memberi implikasi yang besar khususnya kepada MUIB dengan hasrat meletakkan institusi zakat di Negara Brunei Darussalam mencapai tahap profesional dalam menggunapakai pentafsiran asnaf zakat.,PhD |
Pages: | 310 |
Call Number: | BP180 .M349 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74823+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.