Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487628
Title: | Pemikiran Badi' al-Zaman Sa'id al-Nursi terhadap dialog peradaban |
Authors: | Mohamad Zaidin bin Mat @ Mohamad (P47269) |
Supervisor: | Wan Kamal Mujani, Prof. Dr. |
Keywords: | Peradaban Nurculuk -- Doctrines |
Issue Date: | 9-Feb-2013 |
Description: | Islam adalah agama kesejahteraan serta keamanan dan disebabkan itu, Islam menerima konsep dialog peradaban yang berpaksikan kepada nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Antara tokoh Islam yang mendukung konsep ini ialah Badic al-Zamān Sacid al-Nursi (1877-1960) yang banyak memuatkan nilai-nilai kemanusiaan dan persaudaraan sejagat dalam karya agung beliau, Rasa'il al-Nur. Kajian ini membincangkan terma dialog peradaban dengan membahaskan definisi, sejarah dan konsep. Di samping itu, ia juga mencerakinkan idea-idea al-Nursi yang berkaitan dengan dialog peradaban. Objektif kajian ini adalah untuk mendapat kefahaman yang jelas berkenaan dialog peradaban, khususnya dari perspektif Islam dan menganalisis pemikiran al-Nursi berkaitan dialog peradaban. Secara keseluruhannya, kajian ini bersifat kualitatif yang melibatkan metode dokumentasi bagi pengumpulan data. Bagi tujuan analisis data pula, kajian menggunakan kaedah kajian teks, pensejarahan dan hermeneutik. Dapatan kajian membuktikan al-Nursi adalah seorang tokoh yang mempunyai keistimewaan dalam memahami realiti permasalahan masyarakat pada zamannya. Kefahaman berkenaan realiti semasa ini telah memperkukuhkan pemikiran beliau berkenaan dialog peradaban. Kajian juga membuktikan bahawa konsep dialog peradaban yang dicetuskan oleh Barat sebenarnya telah pun digagaskan oleh Islam menerusi ayat 13 surah al-Hujurat. Berdasarkan ayat ini, konsep dialog peradaban boleh dibahaskan dalam empat dimensi, iaitu asas, prinsip, strategi dan matlamat. Di samping itu, kajian membuktikan bahawa al-Nursi adalah tokoh dialog peradaban yang mendahului zaman. Penekanan nilai-nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada al-Qur'an adalah asas kekuatan gagasan pemikiran beliau sehingga mendapat pengiktirafan dunia Islam dan Barat. Kajian ini juga menyarankan agar kajian lanjutan dijalankan terhadap Tullab al-Nur dan Fethullah Gulen yang mempunyai hubungan yang kuat dari sudut teori dan amali dengan pemikiran al-Nursi.,Ph.D |
Pages: | 254 |
Call Number: | BP190.5.C54.M849 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71616+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.