Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487596
Title: Kehidupan beragama wanita Buddha dalam persekitaran masyarakat Islam di Kelantan
Authors: Halimahtul Sa'diyah Mohamad (P93690)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Buddhist women
Buddhism -- Customs and practices
Kelantan (Malaysia) -- Social life and customs
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Jul-2022
Description: Kehidupan beragama adalah merujuk kepada kehidupan seseorang yang berpandukan nilai-nilai agama. Untuk itu, kajian ini menganalisis fenomena kehidupan beragama wanita Buddha di Kelantan dari segi kepercayaan agama, amalan agama dan identiti agama dalam suasana majoriti masyarakat Islam di bawah pentadbiran PAS selama tiga dekad "Membangun Bersama Islam" sejak tahun 1990 sehingga kini yang melaksanakan dasar-dasar Islam. Meskipun begitu, suasana ini tidak menghalang mereka untuk mempraktikkan ajaran Buddha dalam kehidupan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kehidupan beragama wanita Buddha, menentukan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor demografi, menganalisis hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah, juga untuk mengetahui faktor penyumbang kepada kehidupan beragama wanita Buddha dalam persekitaran masyarakat Islam dan dimensi kehidupan beragama menurut perspektif wanita Buddha. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah gabungan (concurrent design) kuantitatif dan kualitatif dengan saiz sampel (N=28,157 s=379). Sampel terdiri daripada wanita beragama Buddha di Kelantan sahaja. Kaedah pengumpulan data menggunakan pensampelan rawak mudah. Bagi kajian kualitatif kaedah temu bual berstruktur telah dilaksanakan dengan menemubual lapan orang informan menggunakan kaedah snowball. Data soal selidik yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian International Business Machines Statistical Package for the Social Sciences (IBM SPSS Statistic 26) dengan menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi perbezaan One Way ANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian mendapati terdapat 9 daripada 11 faktor demografi menunjukkan perbezaan yang signifikan, wanita Buddha juga mempunyai tahap kehidupan beragama yang tinggi serta hubungan korelasi Pearson yang signifikan antara pemboleh ubah yang diuji. Manakala regresi berganda menunjukkan bahawa wanita Buddha menitikberatkan identiti agama dalam memperkasakan kehidupan beragama dalam persekitaran masyarakat Islam, R Square Change = .442 (44.2%). Demikian juga dalam aspek dimensi kehidupan beragama menurut perspektif wanita Buddha juga menunjukkan identiti agama lebih dominan, R Square Change = .502 (50.2%). Kedua-dua faktor penyumbang ini menunjukkan bahawa identiti agama mempunyai nilai sumbangan yang besar dan signifikan. Sementara, data temu bual ditematik menggunakan NVivo 12 Plus. Hasil kajian mendapati bahawa wanita Buddha mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ajaran Buddha dan mengamalkan ajaran Buddha dalam kehidupan seharian. Mereka berasa aman berada dalam persekitaran masyarakat Islam dan berkeyakinan mampu melaksanakan kehidupan beragama dengan harmoni dalam kalangan masyarakat berbeza agama. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa wanita Buddha boleh melaksanakan kehidupan beragama dalam persekitaran masyarakat Islam di Kelantan.,Ph.D
Pages: 504
Call Number: BL2080.H335 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.