Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487595
Title: | Pluralisme agama dalam perspektif Muhammad Uthman El-Muhammady |
Authors: | Earnie Elmie Hilmi (P84089) |
Supervisor: | Kamarudin Salleh, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Religious pluralism -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-May-2022 |
Description: | Terma pluralisme agama dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah tidak asing lagi. Masyarakat Malaysia berdebat mengenai pendefinisian dan kepelbagaian pendekatan pluralisme agama. Terdapat dua isu yang ketara iaitu kekeliruan terhadap definisi pluralisme agama dan pelbagai pendekatan berbeza menghadapi pluralisme agama. Istilah pluralisme dalam maksud kepelbagaian agama atau pluraliti agama diterima baik oleh masyarakat, namun apabila pluralisme digabungkan dengan istilah agama yang membawa maksud menerima keabsahan (kebenaran) agama lain atau menyamaratakan semua agama itu yang menjadi pertikaian dan kekeliruan. Isu kedua ialah pendekatan berbeza menghadapi pluralisme agama disebabkan kekeliruan konsepnya. Pluralisme agama diterima baik bagi kelompok yang memahaminya dalam maksud kepelbagaian agama. Manakala bagi yang memahami pluralisme agama dalam maksud menerima keabsahan (kebenaran) agama lain (accepting other religions' validity) ataupun menyamaratakan semua agama mereka menentang keras fahaman dalam maksud ini. Muhammad Uthman el-Muhammady antara tokoh yang tegas menolak pluralisme agama. Beliau dengan jelas menerima konsep pluraliti agama dan menolak pluralisme agama dalam maksud menerima keabsahan (kebenaran) agama lain (accepting other religions' validity) ataupun menyamaratakan semua agama. Objektif kajian ini menjelaskan sumbangan Muhammad Uthman el-Muhammady terhadap pemikiran Islam di Malaysia, membincangkan konsep dan sejarah pluralisme agama, menganalisis pandangan Muhammad Uthman el-Muhammady terhadap pluralisme agama dan menganalisis metodologi hujah-hujah pluralisme agama Muhammad Uthman el-Muhammady. Bagi mencapai objektif ini, kajian kualitatif dengan pendekatan naratif (narrative approach) dan analisis kandungan (content analysis) digunakan semasa menganalisis data. Manakala pendekatan naratif digunakan dalam mendapatkan latarbelakang kehidupan Muhammad Uthman el-Muhammady dan sejarah pluralisme agama, manakala analisis kandungan dilakukan terhadap bab dalam buku Muhammad Uthman el-Muhammady seperti 'Beberapa isu dalam pluralisme agama-Satu pengamatan ringkas', 'Pluralisme agama: Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana', 'Memeriksa semula pandangan Hashim Kamali tentang Pluralisme agama', 'Bahaya Pluralisme agama kepada umat Islam' dan buku utama iaitu Falsafah agama John Hick: pengamatan dari perspektif ajaran ahli sunnah wal-Jamaah (2012) dan Al-Firqah al-Najiyah: Epistemologi aqidah golongan yang berjaya (2017). Dapatan kajian menunjukkan Muhammad Uthman el-Muhammady dengan jelas menerima konsep pluralisme agama dalam maksud pluraliti atau kepelbagaian agama. Beliau juga jelas dalam menolak maksud pluralisme agama dalam erti menerima keabsahan (kebenaran) agama lain atau menyamaratakan semua agama. Penolakan beliau terhadap pluralisme agama dalam maksud sedemikian bukan hanya berdasarkan kepada pemikiran beliau semata-mata tetapi berdasarkan kepada metodologi ajaran ahli Sunnah wal Jamaah yang tidak menerima pluralisme agama dalam maksud sebegini. Kajian yang dijalankan dibentuk untuk menjelaskan pemikiran masyarakat Malaysia mengenai pemahaman konsep pluralisme agama, yang mana menjadi kekeliruan. Penolakan pluralisme agama adalah dalam erti menerima keabsahan (kebenaran) agama lain atau menyamaratakan semua agama, bukan dalam maksud pluraliti atau kepelbagaian agama.,Ph.D |
Pages: | 205 |
Call Number: | BP190.5.R44E277 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130164+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.