Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487585
Title: Teknik penterjemahan ideogram dalam antologi puisi 'Ayn ke bahasa Arab dan cabarannya
Authors: Ijlal Saja @ Mearaj (P83553)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Malay language -- Translating into Arabic
Arabic language -- Influence on Malay
Arabic language -- Translating into Malay
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2021
Description: Puisi menjadi sukar untuk diterjemahkan kerana maksud sebenar ideogram tidak dapat difahami dengan baik oleh penterjemah. Tambahan pula, ideogram yang digunakan dalam antologi puisi 'Ayn mempunyai maksud tersirat dan pelbagai tafsiran. Selain itu, bentuk puisi juga mendatangkan kerumitan kepada penterjemah kerana perbezaan rima dan pola. Oleh itu, kajian ini membincangkan teknik penterjemahan ideogram dalam antologi puisi 'Ayn ke bahasa Arab dan cabaran yang dihadapi oleh penterjemah. Kajian ini bertujuan menginterpretasikan maksud ideogram dalam antologi puisi 'Ayn, menganalisis teknik penterjemahan ideogram tersebut dan menyelidik cabaran yang dihadapi oleh penterjemah semasa menterjemahkannya ke bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis deskriptif dan sampel kajian ialah antologi puisi 'Ayn yang telah diterjemahkan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab. Terdapat 20 sampel ideogram yang dianalisis, sementara data sokongan pula diperoleh daripada temu bual tidak berstruktur. Teori relevans dan gabungan teori penterjemahan ideogram dalam puisi (TeRTIp) dijadikan sebagai panduan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat maksud sebenar bagi 20 ideogram dan penterjemahan literal merupakan teknik yang paling banyak digunakan. Selain itu, dapatan kajian berjaya menghasilkan tujuh panduan penterjemahan ideogram dalam puisi yang dapat memberi sumbangan bermakna kepada disiplin terjemahan. Panduan yang diperkenalkan ini tidak mengabaikan unsur maksud tersurat mahupun tersirat, kombinasi teknik, kesan pembaca serta kekreatifan. Dari segi cabaran penterjemahan ideogram pula, terdapat empat cabaran (K3T) yang berjaya dikesan daripada penterjemah, iaitu kesamaran maksud ideogram, teknik penterjemahan, kesan pembaca dan kekreatifan. Oleh yang demikian, penterjemah perlu memahami dan mementingkan maksud sebenar ideogram supaya terjemahan yang dilakukan menjadi lebih sejadi dengan bahasa sasaran.,Ph.D
Pages: 381
Call Number: PL5084.4.A2I3935 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129363+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.