Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487579
Title: Keamanan global dalam pemikiran Fethullah Gulen (1941-)
Authors: Mohd Hatib Ismail (P89955)
Supervisor: Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gulen
Fethullah
Equality -- Religious aspects -- Islam
Islam and justice
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Mar-2022
Description: Islam bermakna keamanan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada seluruh umat dunia secara global. Keamanan global menjamin keselamatan kehidupan peribadi manusia, hubungan antara pelbagai penganut agama dan tamadun terus berkekalan. Antara pelopor dan penerus kontemporari yang tegar dengan falsafah keamanan global dalam perspektif Islam ialah Fethullah Gulen. Tokoh ini dilihat sebagai individu yang mempunyai dua sisi karektor yang berbeza iaitu sebagai pelopor keamanan oleh Barat dan pengikutnya sebaliknya sebagai dalang keganasan oleh pemerintah semasa Turki. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang dan perjalanan hidup Fethullah Gulen secara internal dan external, menganalisis perkembangan pemikiran Fethullah Gulen dalam konteks keamanan global serta mengkaji pengaruh dan manifestasi pemikiran Gulen dari sudut praktikal dalam dunia rentas sempadan. Kaedah pengumpulan data diperolehi melalui dokumen seperti karya-karya utama Gulen, artikel-artikel ilmiah mengenai keamanan global serta laman sesawang rasmi oganisasi dan pertubuhan yang berkaitan pemikiran Gulen. Analisis dilakukan berdasarkan pendekatan analisis naratif (narrative analysis), analisis kandungan (content analysis) serta proses interaksi (interaction) dan hubungan (engagement). Hasil penelitian membuktikan pendidikan Gulen yang berlatarbelakangkan tasawuf telah memberikan satu perspektif baru kepada ilmu ini sehingga menjadi asas penting kepada konsep keamanan. Gulen berjaya meluaskan pendidikan tasawuf yang pada kebiasaan bersifat berkelompok, golongan tarekat dan terasing kepada penerapan tasawuf yang bersifat menyeluruh dalam setiap lapisan masyarakat merentasi sempadan global. Bagi menjamin keamanan global, Gulen memfokuskan pembinaan model terbaik manusia dan masyarakat ideal yang mempunyai matlamat akhir mewujudkan Generasi Unggul (Golden Generation). Inspirasi daripada gagasan pemikiran Gulen telah mewujudkan organisasi, institusi dan individu yang mempromosi serta menganjurkan aktiviti keamanan global di peringkat global. Implikasi kajian ini, ia menyumbang kepada nilai tambah perbincangan ilmiah tentang keamanan global dari sudut pemikiran Islam dalam perspektif baru. Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi pihak Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha mengemaskini Dasar Perpaduan Negara atau sebagai model masyarakat harmonis yang merentasi sempadan kaum dan agama.,Ph.D
Pages: 235
Call Number: BP173.45.M85 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129150+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.