Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487578
Title: Mekanisme perlindungan pelabur bagi kes kemungkiran ṣukūk di Malaysia
Authors: Mohd Badrul Hakimi Daud (P67921)
Supervisor: Salmy Edawati Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Banks and banking -- Religious aspects -- Islam
Finance -- Religious aspects -- Islam
Security (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2021
Description: Kemungkiran ṣukūk berlaku akibat kegagalan atau penangguhan komitmen pembayaran keuntungan oleh penerbit ṣukūk kepada pelabur ṣukūk mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga diisytiharkan mungkir oleh pemegang amanah. Kemungkiran ṣukūk boleh mendedahkan risiko kredit kepada pelabur ṣukūk terutama dalam kalangan institusi kewangan dan menjejaskan kecairan yang merupakan sumber dana pembiayaan penting dalam pasaran kewangan negara. Terdapat sejumlah 43 kes kemungkiran ṣukūk korporat di Malaysia yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2017 yang melibatkan 40 buah syarikat penerbit ṣukūk. Daripada jumlah ini, beberapa kes tuntutan bayaran balik oleh pelabur ṣukūk majoriti terdiri daripada pelabur institusi kewangan gagal diselesaikan. Dalam konteks ini, aspek perlindungan kepentingan dan hak pelabur ṣukūk korporat amat penting bagi mengurangkan risiko kemungkiran ṣukūk. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti indikator kewangan bagi meramal kemungkiran ṣukūk; menganalisis klausa had dividen dan had hutang bagi mengurangkan masalah pertikaian di antara pelabur ṣukūk dan pemegang saham; dan mengkaji konsep ibra' bagi melindungi pelabur ṣukūk korporat di Malaysia. Kajian ini penting bagi memahami risiko kemungkiran ṣukūk dari aspek prestasi kewangan penerbit ṣukūk yang mungkir dan memahami mekanisme perlindungan pelabur ṣukūk berasaskan kepada klausa hutang, klausa dividen dan klausa ibra' bagi pasaran ṣukūk Malaysia. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan metod Analisis Diskriminasi Berganda (ADB) menggunakan data kewangan daripada 158 buah syarikat penerbit ṣukūk bagi tempoh 2002 sehingga 2019. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa indikator kewangan berkaitan masalah kos agensi wujud secara dominan dalam kalangan penerbit ṣukūk yang mungkir. Di samping itu, mekanisma perlindungan pelabur daripada klausa had dividen dan had hutang mampu melindungi pelabur daripada masalah kos agensi ke atas hutang bagi syarikat penerbit ṣukūk yang mempunyai kedudukan kewangan yang kurang baik. Manakala bagi syarikat penerbit ṣukūk yang bersaiz melebihi RM1 bilion lebih cenderung untuk menggunakan konsep ibra' sebagai mekanisme perlindungan pelabur. Justeru, kajian ini mencadangkan supaya mekanisme perlindungan pelabur ṣukūk mungkir berasaskan ibra' perlu diperluaskan penggunaannya di kalangan syarikat penerbit ṣukūk korporat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kurang kukuh. Dari aspek implikasi dasar, perkara ini dapat memperkukuh mekanisme penyelesaian pertikaian dan perlindungan pelabur ṣukūk sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Mekanisme perlindungan pelabur berasaskan ibra' ini dijangka dapat menarik minat lebih banyak pelabur institusi dalam dan luar negara untuk melanggan ṣukūk korporat terbitan Malaysia dan sekaligus mempertingkatkan pertumbuhan pasaran ṣukūk korporat di Malaysia.,Ph.D
Pages: 194
Call Number: HG4651.M8535 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129149+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.