Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487573
Title: Konseptualisasi fiqh al-Taayush Malaysia dalam konteks hubungan sosio-agama dan penerapannya dalam kurikulum Pendidikan Islam
Authors: Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi (P96306)
Supervisor: Ahmad Dahlan Salleh, Dr.
Keywords: Islam -- Relations
Islamic law
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Apr-2021
Description: Kemajmukan Malaysia yang terbentuk hasil dari perkembangan beberapa peristiwa penting yang melatari sejarah negara telah mewarnai keunikan hubungan sosio-agama tempatan. Kerencaman budaya, undang-undang negara dan isu-isunya yang tersendiri telah mencabar keintelektualan sarjana Islam tempatan sehingga munculnya seruan melestarikan hubungan sosio-agama menerusi pendekatan Fiqh al-Taayush Malaysia. Walau bagaimanapun, konsep fiqh kontemporari yang dicanang sebagai solusi kelestarian hubungan sosio-agama ini sering tersirna dengan konsep fiqh hubungan kemasyarakatan silam, di luar konteks tempatan dan berada di permukaan sahaja. Justeru, kajian ini merungkai kedudukan Fiqh al-Taayush menurut Islam di samping menilai status al-tacayush al-dini di Malaysia sebagai asas kepada pembinaan konsep Fiqh al-Taayush yang realistik dengan urf dan keperluan hubungan sosio-agama tempatan sekali gus mengkaji kesesuaian penerapannya dalam kurikulum Pendidikan Islam sebagai inisiatif perkukuhan perpaduan di peringkat awal. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk analisis kandungan dimanfaatkan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan dan lapangan melalui analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian yang kemudiannya dianalisis dalam bentuk deskriptif secara induktif dan deduktif menurut gaya analisis tematik. Hasilnya, konseptualisasi Fiqh al-Taayush Malaysia berasaskan analisis fiqh yang berlandaskan kepada kombinasi selektif antara teori Fiqh al-Aqalliyyat al-Qaradawi dan teori Urf telah melahirkan konsep Fiqh al-Taayush Malaysia yang mampu dipraktikkan menerusi 10 elemen al-taayush al-dini tempatan sekali gus menunjukkan bahawa ia sesuai diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Islam sedia ada menerusi elemen perpaduan yang diterjemahkan secara eksplisit dalam kurikulum tersebut di samping perlu menggunakan pendekatan bersepadu bagi mengimbangi pengembangan elemen-elemen perpaduan sosio-agama secara harmonis. Tuntasnya, kajian ini telah menyumbang kepada pembinaan konsep fiqh kemasyarakatan Malaysia yang realistik dalam menyantuni kemajmukan sosio-agama tempatan sekali gus membuka ruang untuk ia diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Islam sedia ada. Ia menuntut akauntabiliti semua pihak terutamanya pembuat dasar dan juga pelaksana untuk melaraskan pembentukan hubungan sosio-agama tempatan berasaskan acuan konsep Fiqh Taayush Malaysia yang mesra majmuk.,Ph.D
Pages: 532
Call Number: BP171.M829 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129131+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.