Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487567
Title: Kajian nilai hadis dan isra'iliyyat dalam tafsir Marah Labid
Authors: Ahmad Levi Fachrul Avivy (P62557)
Supervisor: Jawiah Dakir, Prof. Datin Paduka Dr.
Keywords: Hadith -- Authorities
Hadith -- Criticism, interpretation, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Apr-2020
Description: Tafsir Marah labid adalah karya tafsir yang dihasilkan oleh Nawawi al-Bantani yang merupakan ulama Nusantara yang prolifik. Marah labid adalah satu-satunya tafsir 30 juzuk berbahasa Arab yang ditulis oleh ulama Nusantara dan kitab tersebut masih dijadikan rujukan tafsir di Nusantara khasnya di Indonesia. Dalam kitabnya tersebut, Nawawi banyak menggunakan hadis sebagai salah satu elemen penafsiran al-Qur'an dan juga riwayat israiliyyat. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui nilai hadis dan penggunaan riwayat israiliyyat dalam tafsir Marah labid. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif. Ianya merangkumi kajian takhrij dan nilai hadis yang dianalisis daripada sanad dan matan. Kajian ini menggunakan metode kajian dokumen atau kajian kepustakaan dengan pendekatan secara analisis. Kajian mendapat terdapat 243 hadis digunakan oleh pengarang yang dikaji dari surah Ali Imran hingga surah al-Kahfi. Daripada 234 hadis yang terdapat dalam tafsir Marah labid, 110 hadis adalah hadis sahih (47%), 27 hadis adalah hasan (11,55%), 43 hadis adalah dacif (18,38%), 20 hadis adalah dacif jiddan (8,55%), 10 hadis adalah mawduc (4,27 %), 4 hadis adalah munkar (1,7%), 5 hadis adalah tidak ada asal (la asla lahu) (2,13 %), 3 hadis adalah bukan hadis (1,29%) dan 12 hadis tidak dapat dinilai (5,13%). Kajian ini juga mendapati Nawawi menggunakan metodologi penggunaan riwayat Israīliyyāt yang sama dengan kebanyakan tafsir klasik. Terdapat sebanyak 44 riwayat Israīliyyāt yang dinukil oleh Nawawi daripada surah al-Fatihah hingga surah al-Kahfi. Sebanyak 2 riwayat adalah tergolong Israīliyyāt yang diterima (maqbul), 16 riwayat yang ditolak (mardud) dan sebanyak 26 riwayat adalah Israīliyyāt yang didiamkan (mawquf). Riwayat-riwayat Israīliyyāt yang beliau nukil dalam tafsirnya tidak diberikan penjelasan, kritik (naqd), mahupun penilaian terhadap kedudukan riwayat tersebut sehingga terdapat riwayat yang bertentangan dengan ismah para Nabi ataupun kisah/akhbar yang boleh membawa khurafat.,Ph.D.
Pages: 450
Call Number: BP136.5.A37 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125445+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_125445+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
2.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.