Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487555
Title: Cabaran dan penambahbaikan pengimarahan Institusi masjid : kajian di masjid bertaraf cemerlang
Authors: Mohd Ridhuwan Remly (P77611)
Supervisor: Muhd Najib Abd Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Institusi Masjid
Pengimarahan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2020
Description: Tugas untuk memakmurkan masjid sebenarnya mewarisi serta meneruskan tugas Baginda SAW dalam menyebar, mengembang, mendominasi dan mempertahankan syariat Allah SWT dalam masyarakat. Namun begitu, perubahan masa dan komodenan masyarakat semasa menyebabkan peranan dan sistem pengurusan masjid semakin mencabar. Masalah pengurusan dalam institusi masjid di lihat sebagai satu cabaran yang besar ke arah pengimarahan institusi masjid masa kini. Kegagalan institusi masjid berfungsi sebagai sebuah institusi ulung dalam masyarakat adalah disebabkan oleh sifat sambal lewa dalam kalangan pihak pengurusan masjid. Sikap kepimpinan yang tidak profesional menyebabkan kegagalan institusi masjid dalam menguruskan aktiviti-aktiviti pengimarahan di institusi masjid. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji cabaran pengimarahan masjid serta penyelesaianya. Kajian ini dijalankan di dua buah masjid bertaraf cemerlang yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan dan Masjid as-Salam Puchong Perdana, Puchong. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data bersumberkan kepada tiga instrument iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen serta proses penganalisisan data menggunakan aplikasi Atlas. ti versi 7. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat cabaran utama dalam menguruskan institusi masjid iaitu cabaran kepegawaian, cabaran pengurusan aktiviti, cabaran pengendalian ekonomi dan cabaran pengurusan fasiliti. Cabaran kepegawaian melibatkan ketidakfahamanan konsep institusi masjid yang sebenar sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Pihak pengurusan masjid seharusnya memahami konsep masjid sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Cabaran pengurusan aktiviti pula adalah kelesuan dalam mempelbagaikan aktiviti pengimarahan di masjid. Pengimarahan institusi masjid tidak hanya menumpukan kepada aktiviti ibadah sahaja malah ianya juga melibatkan aktiviti pengimarahan khidmat sosial dalam masyarakat. Bagi cabaran ekonomi pula adalah kelemahan dalam menjana ekonomi masjid. Ini menyebabkan institusi masjid tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap dan mengharapkan derma daripada ahli jemaah sahaja. Tanpa kewangan yang kukuh, pelaksanaan aktiviti akan terbantut. Begitu juga dalam penyediaan fasiliti iaitu melibatkan cabaran dalam penyediaan kepelbagaian kelengkapan dan perkhidmatan yang membantu kepada minat masyarakat untuk mendekati institusi masjid. Dalam mendepani cabaran-cabaran tersebut, penyelidik mengemukakan penyelesaian terhadap setiap setiap cabaran yang dilalui oleh pihak pengurusan masjid. Corak kepimpinan institusi masjid pada hari ini perlu diubah supaya ianya selari dengan perkembangan semasa. Implikasi kajian ini menunjukkan pengimarahan institusi masjid memerlukan kepada individu yang memahami konsep institusi masjid yang sebenar sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu juga, pihak pengurusan perlu menekankan sikap profesional melalui kepimpinan yang tersusun dalam menguruskan institusi masjid. Dengan mengamalkan sikap profesional dan kepimpinan yang tersusun, segala cabaran yang dihadapi dalam pengimarahan institusi masjid dapat diselesaikan dengan sebaiknya.,Ph.D
Pages: 255
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125433+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.