Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487547
Title: Juhud Jamaah Izalat al-Bid'ah wa Iqamat al-Sunnah fi nashr al-lughah al-'arabiyah wa tatwiriha fi shimal Nayjiriya
Authors: Yahuza Ishaq Muhammad al-Jam'ari (P57042)
Supervisor: Kasih Hj. Abu Bakar, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Arabic language-- Study and teaching -- Nigeria
Issue Date: 29-Apr-2016
Description: Tamadun Islam dan bahasa Arab memberi kesan yang mendalam dalam perkembangan intelektual Hausa di Utara Nigeria, sebelum kedatangan penjajah Britain pada kurun ke-20, di mana Nigeria menyaksikan kemunduran dalam tamadun Islam dan bahasa Arab ekoran gerakan penjajahan tersebut. Justru, beberapa pertubuhan Islam - di samping usaha beberapa orang ulama - mengadakan beberapa aktiviti bertujuan mengembalikan ketamadunan Islam dan bahasa Arab di rantau itu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti peranan 'Jamacat Izalat al-Bidcah wa Iqamat al-Sunnah' dalam mengembalikan pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab di Utara Nigeria, bertitik tolak daripada beberapa tinjauan yang meluas melalui sudut pandangan beberapa sarjana dan para intelektual. Untuk mencapai objektif ini, metode kajian kualitatif digunakan menerusi instrumen temubual separa berstruktur untuk pengumpulan data. Responden kajian pula melibatkan dua orang guru bahasa Arab daripada Jama'ah tersebut, dua orang pensyarah bahasa Arab peringkat universiti, seorang pegawai kerajaan di Kementerian Pendidikan di Plateau, Setiausaha Jamacah Nasr al-Islam (iaitu sebuah pertubuhan yang menjadi urusetia kepada kesemua pertubuhan Islam di Nigeria), seorang tokoh sufi daripada Tarikat al-Qadiriyyah dan seorang lagi daripada Tarikat al-Tijaniyyah di samping dua orang pelajar universiti. Data pula dianalisis secara deskriptif berdasarkan kategori dan tajuk utama dan tajuk kecil, selari dengan teks temubual daripada para respondan. Hasil kajian mendapati bahawa ada tiga puluh peranan yang dimainkan oleh Jama'ah ini dalam menyebarluas dan membangunkan bahasa Arab di Utara Nigeria; iaitu sebelas usaha dalam penyebaran kesedaran bahasa, sebelas peranan pendidikan dan lapan peranan untuk mengatasi cabaran dan kesukaran dalam penyebaran bahasa Arab. Dapatan juga menjelaskan secara terperinci penglibatan Jamaah ini untuk mengembalikan ketamadunan Islam dan bahasa Arab dengan tujuan untuk memperbaiki taraf kehidupan umat Islam di Utara Nigeria, di samping mengenalpasti sudut yang perlu kepada penambahbaikan dalam segenap bidang seperti bidang bahasa, pendidikan dan sosial, terutama sekali dalam bidang pengajaran dan pembangunan bahasa Arab dan Pengajian Islam di Utara Nigeria.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 348
Call Number: PJ6068.N6J338 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121651+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
19.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.