Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487539
Title: | al-Masadir wa-al-shawahid bayna al-Mushkil li-Makki al-Andalusi wa-al-Bayan li-Ibn al-Anbari |
Authors: | Fadi Saqar Ahmad 'Asidah (P47288) |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Qur'an -- Language style Arabic language -- Grammar |
Issue Date: | 14-Aug-2012 |
Description: | Kajian ini adalah antara kajian dalam bidang Nahu al-Qur'an yang mengkaji dua buah karya tersohor berkaitan i'rab perkataan yang sukar dan asing dalam ayat al-Qur'an al-Karim. Rujukan dan shahid kedua-dua karya ini dipetik daripada pelbagai sumber. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Perkara ini membentuk satu fenomena yang perlu dikaji secara terperinci melalui kajian perbandingan. Kajian ini menyelami kepelbagaian sumber yang digunapakai oleh kitab al-Mushkil karya Makki al- Andalusi dan kitab al-Bayan karya Ibn al-Anbari dan shahid yang terdapat di dalamnya. Objektif kajian adalah untuk mengkaji sumber dan shahid yang terdapat dalam kedua-dua karya tersebut secara terperinci, membandingkan cara kedua-dua pengarang berinteraksi dengan sumber bahasa dan shahidnya yang pelbagai, mengenalpasti pendirian mereka terhadap sumber dan shahid serta metode mereka dalam berinteraksi dengan sumber dan shahid tersebut. Ada pelbagai metode yang digunapakai dalam kajian ini. Metode kajian secara komprehensif digunakan untuk merangkum sumber dan shahid serta untuk melakukan pemilihan sampel kajian. Metode deskriptif pula digunakan untuk memberi gambaran terhadap sumber dan shahid tersebut, manakala metode analisis digunakan untuk menganalisis sumber dan shahid, untuk menjelaskan bentuk persamaan dan perbezaan pada kedua-dua pengarang, cara mereka berinteraksi dengan sumber dan shahid tersebut serta mekanisme pengaplikasiannya ketika mengi'rab. Metode perbandingan pula digunakan untuk membandingkan jenis, kuantiti, cara berinteraksi dengan sumber dan shahid di samping membandingkan pendirian kedua-dua pengarang terhadap sumber dan shahid tersebut serta metode mereka ketika beristishhad dengan pelbagai sumber. Antara dapatan kajian ini ialah, Makki dan Ibn Al-Anbari bersepakat dalam banyak sumber dan shahid. Namun, terdapat sedikit sahaja perselisihan pendapat antara mereka. Kajian mendapati bahawa Ibn al-Anbari jelas berpihak kepada sarjana Basrah tanpa mempedulikan sarjana Kufah. Jumlah shahid yang dikemukakan oleh Ibn al- Anbari juga jelas mengatasi jumlah yang digunapakai oleh Makki. Kedua-dua pengarang ini juga mempunyai metode tersendiri dalam berinteraksi dengan shahid tatabahasa ini, sama ada dari sudut sumber rujukan, komentar, pengulangan ataupun penumpuan kepada tempat istishhad.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 288 |
Call Number: | PJ6696.A837 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121505+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.