Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487537
Title: | al-Huquq al-siyasiyyah lil-aqalliyyat al-diniyah fi al-fiqh al-siyasi al-islami wa al-qanun al-asasi al-Filistini :dirasah taqwimiyah muqaranah fi daw' maqasid al-shariah |
Authors: | Yousef A. H. Keleibi (P67740) |
Supervisor: | Ahmad Muhamad Hasbi, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Civil rights -- Palestine Minorities -- Legal status laws etc. -- Palestine |
Issue Date: | 28-May-2016 |
Description: | Pada hari ini, Islam menghadapi serangan ganas yang cuba menggambarkannya sebagai agama yang tidak menerima pihak lain dan merampas segala hak. Pendekatan keras beberapa kumpulan Islam terhadap non muslim telah dipergunakan sebaiknya bagi menguatkan lagi alasan serangan tersebut. Permasalahan kajian terletak pada wujudnya gambaran silap tentang hakikat interaksi Islam dengan non muslim dalam masyarakat Islam dari sudut hak politik, di samping sejauhmana kebenaran untuk memberikan hak tersebut kepada mereka. Gambaran yang silap dan keliru ini adalah hasil daripada tindakan merosakkan yang disengajakan atau hasil daripada kejahilan tentang Islam yang sebenar. Malangnya, pendekatan keras beberapa kumpulan Islam telah membantu memperteguhkan lagi anggapan tersebut. Kajian ini bertujuan menjelaskan gambaran sebenar interaksi Islam dengan minoriti non muslim dan menjelaskan tentang hukum syarak mengenai keharusan golongan minoriti agama menikmati beberapa hak politik mereka terutamanya yang terkait dengan aplikasi dan istilah semasa. Kajian ini juga turut mengenalpasti dimensi maqasid dan maslahah di sebalik pemberian hak politik kepada golongan minoriti agama. Di samping itu, kajian ini juga melakukan perbandingan antara undang-undang Palestin dengan pandangan yang dikemukakan oleh kajian ini. Kajian ini menggunakan metode induktif bagi menghimpunkan bahan kajian yang terdiri daripada konsep, pandangan berserta dalil. Metode induktif yang digunakan menghimpunkan antara originaliti (keaslian) dan aplikasi semasa. Ia juga turut menggunakan metode deskriptif analitif bagi menjelas, menganalisis dan membincangkan hak-hak politik dan pandangan para fuqaha tentangnya. Metode ini turut digunakan bagi menganalisis dapatan daripada beberapa sampel yang diperoleh daripada individu golongan minoriti Kristian Palestin, bagi menilai pandangan mereka terhadap pemeliharaan hak-hak mereka dalam undang-undang utama Palestin dan menurut hukum syarak. Sebagaimana kajian ini turut menggunakan metode perbandingan bagi membandingkan pandangan-pandangan fiqh, serta membandingkan undang-undang Palestin dengan pandangan yang ditarjihkan oleh kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa orang bukan Islam yang hidup dalam masyarakat Islam adalah warga negara, dan mereka berhak memperoleh kebanyakan hak politik melalui penglibatan politik seperti menjawat beberapa jawatan awam dan negara; sebahagian daripada hak tersebut mempunyai syarat dan panduan tertentu untuk membolehkan mereka menikmatinya. Namun terdapat beberapa jawatan berbentuk keagamaan yang mereka dilarang daripada menjawatinya; pemberian hak politik kepada mereka merealisasikan beberapa maqasid syarak dan maslahah yang muktabar; kebanyakan kenyataan dalam undang-undang Palestin bertepatan dengan pandangan fiqh yang ditarjihkan oleh kajian ini; dan kebanyakan individu Kristian Palestin memandang positif terhadap pemeliharaan syariat Islam dan undang-undang Palestin terhadap hak politik mereka. Implikasi kajian ini dapat dilihat ke atas masyarakat Islam semasa melalui penjelasan hukum syarak yang membenarkan warga negara bukan Islam untuk menikmati hak politik mereka. Perkara ini menjadi tapak kepada kestabilan dalam mana-mana masyarakat Islam. Sebagaimana kajian ini turut memberikan impak kepada badan perundangan Palestin melalui penjelasan sudut yang mempunyai kesamaan dan pertentangan antara undang-undang Palestin dan hukum syarak, serta menjadi titik tolak untuk menghilangkan sudut yang bertentangan itu.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 350 |
Call Number: | KPD.K845 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121456+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.