Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487536
Title: | Halaqat ta'lim al-lughah al-'arabiyyah al-shamilah bi Wilayat Borno Shamal Nayjiriya"" |
Authors: | Umar Muhammad 'Ali (P50595 ) |
Supervisor: | Zulkarnain Muhamad, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Arabic language|xStudy and teaching -- Nigeria -- Borno |
Issue Date: | 5-Feb-2012 |
Description: | Kajian ini menyentuh halaqah pengajaran bahasa Arab yang komprehensif di wilayah Borno utara Nigeria yang dianggap sebagai pusat ilmu pengetahuan dan keintelektualan yang terbesar di Sudan Barat. Buktinya boleh dilihat dalam buku-buku sejarah dan cerita lisan yang dipercayai. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pertumbuhan halaqah beberapa kabilah di wilayah Borno, iaitu kabilah Kanuri (penduduk asal), kabilah Hausa dan kabilah Fullatah. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan tahap-tahap pengajaran dalam kabilah-kabilah tersebut, teknik pengajarannya dalam bentuk halaqah dan kurikulum yang diambil di samping sukatan pelajaran untuk para pelajar. Begitu juga kajian ini bertujuan menjelaskan kesan halaqah wilayah Borno itu terhadap pengetahuan bahasa Arab bagi masyarakat Islam di wilayah Borno. Kajian ini menggunakan metode kajian deskriptif dan analisis dengan menjelaskan dan menganalisis realiti sosial sebenar. Ini dicapai dengan merujuk sejumlah bahan bacaan yang dipercayai dan berkait dengan tajuk di sini. Kajian ini juga memanfaatkan temu bual peribadi. Antara hasil kajian terpenting ialah kurikulum pengajaran halaqah Borno dan pendekatan pengajaran bahasanya bersifat tradisional dan kompleks lantaran ia tertumpu pada hafalan tanpa memahami inti pati makna dan praktis. Walau bagaimanapun, terdapat satu penemuan yang menarik, iaitu sebahagian syeikh wilayah Borno mengumpulkan para pelajar mereka di dalam satu kuttab dan pada masa yang sama mengajar mereka dengan menggunakan pembesar suara untuk memperdengarkan pelajaran kepada murid mereka. Cara ini mendapat tarikan ramai pelajar untuk datang ke halaqah tersebut. Oleh itu, kajian ini menyarankan pihak kerajaan Borno supaya membiayai halaqah seumpama ini dan memperuntukkannya dengan peralatan pengajaran yang terkini untuk meningkatkan kurikulum pengajaran supaya selaras dengan tuntutan kurikulum pengajaran moden.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 90 |
Call Number: | PJ6068.N6A437 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121455+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 894.1 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.