Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487524
Title: Pemikiran pendidikan Hasan Langgulung dan pendidikan prasekolah di Malaysia
Authors: Rusleda Awang (P53880)
Supervisor: Wan Kamal Mujani, Prof. Dr.
Keywords: Hasan Langgulung
Pemikiran
Pendidikan prasekolah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-May-2019
Description: Kajian ini menyoroti tokoh abad ke 21 yang terkenal iaitu Hasan Langgulung (1934-2009). Ianya bertujuan untuk menganalisis pemikiran Hasan Langgulung berkenaan konsep pendidikan, menganalisis pemikiran beliau berkenaan pendidikan kanak-kanak Prasekolah dan menilai pemikiran pendidikan beliau dengan pendidikan Prasekolah di Malaysia. Pemikiran beliau dianalisis dengan merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Prasekolah (FPP), Kurikulum Standard Pendidikan Kebangsaan (KSPK) dan temubual untuk melihat corak pemikiran beliau dalam pendidikan Prasekolah dan dikaitkan dengan pendidikan Prasekolah di Malaysia. Kajian ini bercorak kualitatif, menggunakan metodologi library research yang berbentuk deskriptif kritis. Bagi tujuan pengumpulan data, kajian ini menggunakan dua metode iaitu metode dokumentasi untuk menganalisis data primer dan sekunder dan metode temubual. Temubual dilaksanakan terhadap dua orang peserta kajian yang memiliki pengalaman mengajar lebih dari sepuluh tahun dalam bidang Pendidikan Islam dan bidang Prasekolah. Hasil kajian mendapati pertama, Hasan Langgulung adalah seorang tokoh pendidikan abad ke 21 yang melakukan kritikan terhadap falsafah Pendidikan Islam dan Barat. Pandangannya adalah berdasarkan sumber-sumber al-Quran, hadis, ijtihad, Salaf al-Sālih, pemikir-pemikir Islam dan Barat. Karya-karya beliau yang merangkumi hampir keseluruhan disiplin ilmu utama dalam pendidikan iaitu pengetahuan, pedagogi dan psikologi melayakkan beliau diangkat sebagai tokoh pendidikan Islam moden yang boleh untuk dijadikan rujukan dalam pendidikan. Kedua, pemikiran pendidikan Hasan Langgulung yang merangkumi aspek pengertian, tujuan pendidikan, isi kandungan, metode dan penilaian adalah berpaksikan kepada konsep asal tujuan manusia diciptakan iaitu sebagai khalifah dan menyembah Allah. Manusia dibekalkan dengan potensi untuk menjadi khalifah dan menjadi tanggungjawab pendidikan mengembangkan potensi tersebut. Potensi manusia adalah merangkumi 99 Asmā' al-Husnā. Bagi mengembangkan potensi tersebut maka ianya perlu digilap melalui proses dan latihan ibadah. Beliau juga menggalakkan kesepaduan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu "Islamisasi Kurikulum". Ketiga, dalam pendidikan kanak-kanak beliau menerima konsep Barat selagi tidak bercanggah dengan akidah dan prinsip Islam. Beliau juga memberikan penekanan kepada 4M (membaca, menulis, menhitung dan Pendidikan Akhlak atau Moral) dalam kurikulum Prasekolah. Akhirnya, kajian ini juga mendapati pemikiran pendidikan Hasan Langgulung dan konsep Pendidikan Prasekolah di Malaysia adalah selari. Berdasarkan penemuan-penemuan dalam pemikiran pendidikan Hasan Langgulung maka beliau boleh dianggap sebagai tokoh Pendidikan Prasekolah abad ke-21 dan boleh dijadikan rujukan kepada para penggubal dasar, pendidik, ibu bapa dan para pelajar yang terlibat dalam bidang tersebut.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 314
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121139+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.