Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487520
Title: | Aktiviti perdagangan pada zaman Mamluk Bahri (648-700H/1250-1300M) |
Authors: | Abobaker Melad Ebaj (UKM ) (P72385) |
Supervisor: | Wan Kamal Mujani, Prof. Dr. |
Keywords: | Mamluk Bahri (648-700H/1250-1300M) Aktiviti perdagangan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Feb-2019 |
Description: | Kajian ini membincangkan aktiviti komersil zaman Mamluk Bahri dalam tempoh (M1250 / 648H) hingga (M1300 / H700) di mana ia telah menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Persoalan utama di sini adalah apakah peranan para peniaga dan sumbangan mereka terhadap aspek kehidupan dengan mengambil kira peranan mereka dalam aktiviti transaksi komoditi, pengaruh mereka dalam membantu pertumbuhan dan pembangunan perdagangan persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui peranan kestabilan politik kerajaan Sultan Mamluk dan kesannya terhadap pertumbuhan tempatan. Pendekatan deskriptif telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan data kajian saintifik, menganalisa dan membentangkannya. Untuk mencapai semua objektif, pendekatan deskriptif dibuat dengan meletakkan menyusun semula fakta kajian berdasarkan topik bahan bacaan, pendekatan memahami sejarah tempatan, mentafsirkan fenomena sejarah, mengesahkan keaslian dan kebenaran sejarah. Untuk memastikan ketepatan kajian ini, kaedah analitikal telah digunakan untuk menganalisis kritikan terhadap fakta sejarah warisan dan serta dokumen yang berkaitan dalam tempoh kajian. Kesimpulan dari kajian ini mendapati kejayaan yang cemerlang Sultan Mamluk telah berjaya mewujudkan negara yang stabil segi politik dan persekitaran yang kondusif untuk perdagangan dan mengoptimumkan perkembangan ekonomi setempat. Beliau telah berjaya memanipulasi sumber kekayaan negara serta kedudukan geografi negara (Mesir , Sham dan Hejaz) untuk membina ekonomi negara yang kukuh berkonsepkan perdagangan transit dan mengenakan cukai dagangan untuk memenuhkan perbendaharaan negera. Para pedagang perlu menguruskan perniagaan mereka berdasarkan undang undang yang dibangunkan berteraskan undang undang dan peraturan mengikut perlembagaan Islam, pedagang diklasifikasikan mengikut keupayaan kewangan mereka, jenis pekerjaan dan barangan yang didagangkan. Paling penting, mereka menggunakan kelebihan kestabilan politik negara untuk mengadakan hubungan dua hala dengan negara serantau untuk membolehkan ekonomi negara mereka berkembang. Polisi ekonomi yang mengenakan cukai dagangan terhadap aktiviti perniagaan diamalkan. Mereka juga berperanan merangsang sektor industri dan pertanian di mana semua hasil diagihkan kepada keseluruhan rakyat. Bagi peranan sosial mereka, mereka memberikan kemudahan perdagangan dan keagamaan untuk keperluan para pelajar dan warga tempatan. Ini membolehkan mereka membangunkan negara dengan berkesan dan memberikan rakyat mereka kehidupan yang lebih baik.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 272 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121131+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.