Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487505
Title: Kefahaman dan cabaran kemahiran keibubapaan terhadap remaja menurut perspektif Islam di Putrajaya
Authors: Izzah Nur Aida Zur Raffar (P87153)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Parenting -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2019
Description: Golongan remaja merupakan aset penting dan berpotensi membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang dengan keupayaan dari sudut mental selain memiliki keadaan fizikal yang baik. Namun demikian, pelbagai gejala sosial yang melibatkan keruntuhan akhlak anak remaja masa kini dilihat semakin membimbangkan dengan peningkatan kes remaja mengandung luar nikah, seks bebas, pembuangan bayi, ponteng sekolah, merokok, dadah, rogol, pelacuran, ragut, curi, buli, lari dari rumah dan bunuh. Sehubungan dengan itu, ia memerlukan kepada cara untuk menanganinya terutama menerusi aspek kemahiran keibubapaan yang berkesan dalam mendidik anak remaja selain peranan rakan sebaya, sekolah serta media massa diperkasa. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji kefahaman ibu bapa tentang kemahiran keibubapaan menurut perspektif Islam, mengkaji kefahaman ibu bapa tentang identiti remaja Muslim, menganalisis kemahiran keibubapaan yang diaplikasikan terhadap remaja dalam keluarga serta mengenalpasti cabaran ibu bapa bagi melaksanakan kemahiran keibubapaan terhadap remaja dalam keluarga. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 384 responden yang dipilih secara bertujuan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak remaja di Putrajaya. Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 22. Sementara itu, hasil kajian mendapati kefahaman utama ibu bapa tentang kemahiran keibubapaan menurut perspektif Islam adalah keperluan untuk menjaga hubungan dengan Allah dan sesama makhluk. Manakala, remaja Muslim pula harus dibimbing menjadi khalifah yang berilmu dan berakhlak mulia. Kajian juga menunjukkan majoriti ibu bapa mengaplikasikan kemahiran keibubapaan terhadap remaja dalam keluarga menerusi aspek kerohanian dengan cara membimbing anak agar tidak mensyirikkan Allah. Cabaran utama dalam merealisasikan kemahiran keibubapaan pula disebabkan faktor kekurangan sokongan dan kerjasama antara ibu dan bapa dalam keluarga. Implikasi kajian ini dapat membantu ibu bapa memperkukuh ilmu kemahiran keibubapaan menurut perspektif Islam dan mengaplikasikannya dalam proses mendidik anak remaja dalam keluarga. Kajian ini turut dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, JAKIM, KKM dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada " Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 331
Call Number: BP134.F25I993 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120794+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
33.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.