Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487503
Title: Pemikiran kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr berdasarkan tafsir al-Taḥrīr Wa Al-Tanwīr jilid 1-3
Authors: Rasyad Afif Ibrahim (P69627)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Ibn 'Ashul
Muhammad al-Tahir
1879-1973.Tahrir wa-al-tanwir min al-tafsir
Qur'an -- Commentaries
Ulama -- Tunisia -- Biography
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Dec-2019
Description: Kulliyāt al-tafsīr adalah kesimpulan umum pentafsir mengenai nilai sepunya yang terdapat pada lafaz dan uslub yang berulang-ulang dalam al-Quran. Antara ulama yang sering dikaitkan dengan kulliyāt al-tafsīr adalah Ibn Āshūr. Namun perbahasan kulliyāt al-tafsīr dalam tafsir al-Taḥrīr wa al-Tanwīr yang berselerak dan tidak tersusun menyebabkan ia sukar dikenal pasti. Malah peranan kulliyāt al-tafsīr juga menjadi kurang jelas. Tanda tanya mengenai kredibiliti kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr turut menyukarkan usaha mengiktiraf Ibn Āshūr sebagai tokoh kulliyāt al-tafsīr. Kesemua isu ini dapat diselesaikan melalui kajian terhadap pemikiran Ibn Āshūr tentang kulliyāt al-tafsīr. Justeru itu, kajian ini membentuk tiga objektif. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti konsep kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr. Objektif kedua adalah mengkaji sisi praktikal kulliyāt al-tafsīr dalam tafsir beliau bagi menyerlahkan peranan sebenar yang dimainkan oleh kulliyāt al-tafsīr. Manakala objektif ketiga adalah menganalisis kredibiliti kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr. Kajian kualitatif ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data utama kajian merupakan kulliyāt al-tafsīr yang terdapat dalam tafsir al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Dapatan kajian mendapati Ibn Āshūr membentuk kulliyāt al-tafsīr melalui kaedah induksi dan petikan kata-kata ulama. Terdapat tujuh istilah dan sembilan klausa isyarat yang boleh digunakan untuk mencari kulliyāt al-tafsīr yang tersirat dalam tafsir al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Namun setiap kesimpulan umum yang ditemui perlu memenuhi tiga kriteria penting, iaitu perulangan, persamaan, dan sesuatu yang baru. Kajian turut mendapati Ibn Āshūr menggunakan kulliyāt al-tafsīr dalam proses pemilihan pendapat, ijtihad dan kritikan. Ia juga digunakan untuk menyerlahkan aspek kemukjizatan al-Quran. Kajian juga mendapati kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr merupakan kulliyāt al-tafsīr yang berkredibiliti dan sesuai digunakan dalam pentafsiran. Kajian ini memberi sumbangan yang signifikan dalam memperkembangkan kulliyāt al-tafsīr sebagai satu topik dalam bidang Uṣūl al-Tafsīr. Ia juga dapat memudahkan masyarakat awam mengenali istilah-istilah al-Quran dengan lebih mendalam sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ketinggian bahasa al-Quran.,Tesis ini tidak ada " Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 346
Call Number: BP130.4.R376 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120793+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.