Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487503
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRasyad Afif Ibrahim (P69627)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:27Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:27Z-
dc.date.issued2019-12-03-
dc.identifier.otherukmvital:120793-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487503-
dc.descriptionKulliyāt al-tafsīr adalah kesimpulan umum pentafsir mengenai nilai sepunya yang terdapat pada lafaz dan uslub yang berulang-ulang dalam al-Quran. Antara ulama yang sering dikaitkan dengan kulliyāt al-tafsīr adalah Ibn Āshūr. Namun perbahasan kulliyāt al-tafsīr dalam tafsir al-Taḥrīr wa al-Tanwīr yang berselerak dan tidak tersusun menyebabkan ia sukar dikenal pasti. Malah peranan kulliyāt al-tafsīr juga menjadi kurang jelas. Tanda tanya mengenai kredibiliti kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr turut menyukarkan usaha mengiktiraf Ibn Āshūr sebagai tokoh kulliyāt al-tafsīr. Kesemua isu ini dapat diselesaikan melalui kajian terhadap pemikiran Ibn Āshūr tentang kulliyāt al-tafsīr. Justeru itu, kajian ini membentuk tiga objektif. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti konsep kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr. Objektif kedua adalah mengkaji sisi praktikal kulliyāt al-tafsīr dalam tafsir beliau bagi menyerlahkan peranan sebenar yang dimainkan oleh kulliyāt al-tafsīr. Manakala objektif ketiga adalah menganalisis kredibiliti kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr. Kajian kualitatif ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data utama kajian merupakan kulliyāt al-tafsīr yang terdapat dalam tafsir al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Dapatan kajian mendapati Ibn Āshūr membentuk kulliyāt al-tafsīr melalui kaedah induksi dan petikan kata-kata ulama. Terdapat tujuh istilah dan sembilan klausa isyarat yang boleh digunakan untuk mencari kulliyāt al-tafsīr yang tersirat dalam tafsir al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Namun setiap kesimpulan umum yang ditemui perlu memenuhi tiga kriteria penting, iaitu perulangan, persamaan, dan sesuatu yang baru. Kajian turut mendapati Ibn Āshūr menggunakan kulliyāt al-tafsīr dalam proses pemilihan pendapat, ijtihad dan kritikan. Ia juga digunakan untuk menyerlahkan aspek kemukjizatan al-Quran. Kajian juga mendapati kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr merupakan kulliyāt al-tafsīr yang berkredibiliti dan sesuai digunakan dalam pentafsiran. Kajian ini memberi sumbangan yang signifikan dalam memperkembangkan kulliyāt al-tafsīr sebagai satu topik dalam bidang Uṣūl al-Tafsīr. Ia juga dapat memudahkan masyarakat awam mengenali istilah-istilah al-Quran dengan lebih mendalam sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ketinggian bahasa al-Quran.,Tesis ini tidak ada " Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIbn 'Ashul-
dc.subjectMuhammad al-Tahir-
dc.subject1879-1973.Tahrir wa-al-tanwir min al-tafsir-
dc.subjectQur'an -- Commentaries-
dc.subjectUlama -- Tunisia -- Biography-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePemikiran kulliyāt al-tafsīr Ibn Āshūr berdasarkan tafsir al-Taḥrīr Wa Al-Tanwīr jilid 1-3-
dc.typeTheses-
dc.format.pages346-
dc.identifier.callnoBP130.4.R376 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004755(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120793+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.