Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487498
Title: Kebolehbacaan buku teks balaghah Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah-sekolah menengah agama negeri
Authors: Zulazhan Ab. Halim (P40418)
Supervisor: Zamri Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Reading (Secondary) -- Malaysia
Textbooks -- Readability
Arabic language -- Rhetoric -- Textbooks
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 22-Mar-2012
Description: Tesis ini merupakan satu kajian tentang kebolehbacaan buku teks Miftah al-balaghah di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kebolehbacaan ialah tahap sesuatu bahan bacaan sama ada sukar atau senang yang boleh mempengaruhi kefahaman pembaca. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap kebolehbacaan buku teks Miftah al-balaghah dan mengenal pasti ciri-ciri linguistik yang mempengaruhi tahap kebolehbacaan buku berkenaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, dua instrumen kajian digunakan, iaitu ujian kloz dan analisis linguistik teks. Ujian kloz ialah satu bentuk ujian mengisi tempat kosong. Ia dibina dengan menggugurkan beberapa patah perkataan dan pelajar perlu menggunakan semaksimum mungkin pembayang-pembayang konteks yang ada dalam meneka perkataan yang digugurkan. Sebanyak tiga teks telah dipilih daripada buku teks Miftah al-balaghah untuk dijadikan teks ujian kloz dan analisis linguistik. Sampel untuk ujian kloz terdiri daripada 443 orang pelajar STAM dari 12 buah sekolah menengah agama di seluruh Malaysia. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menghurai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis terhadap data kajian mendapati min skor keseluruhan ujian kloz berada pada tahap kecewa manakala ciri linguistik yang menyebabkan kesukaran teks ialah kompleksiti ayat dan ia adalah lebih dominan berbanding cir-ciri linguistik yang lain. Dapatan kajian ini menunjukkan buku Miftah al-balaghah tidak sesuai dijadikan buku teks untuk mata pelajaran balaghah di peringkat STAM kerana tahap kebolehbacaannya tidak sepadan dengan tahap kebolehan membaca pelajar.,Ph.D.
Pages: 206
Call Number: LB3045.8.Z836 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120733+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.