Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487490
Title: Kedudukan ijtihad dalam perkara-perkara hudud yang dpertikai
Authors: Salma (P40408)
Supervisor: Hashim Mehat,Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Ijtihad (Islamic law)
Issue Date: 25-Jan-2012
Description: Kajian ini ialah mengenai kedudukan ijtihad dalam perkara-perkara hudud yang dipertikai. Menurut sebahagian ahli usul hudud ialah antara syariat yang tidak dibolehkan untuk menjadi lapangan ijtihad tetapi mereka tidak menjelaskan secara terperinci ruang lingkup hudud yang tidak dibenarkan untuk berijtihad. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat pada takrif hudud itu sendiri iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk dilaksanakan. Namun demikian jika diperhatikan kepada bentuk hukuman setiap kesalahan hudud itu para fuqaha berbeza pendapat hampir pada keseluruhan hukuman itu. Misalnya hukuman potong tangan ialah hadd ke atas orang yang mencuri. Ahli usul berbeza pendapat mengenai batas pemotongan tangan sama ada sampai ke bahu, sampai ke siku, sampai ke pergelangan tangan, ataupun sampai jari-jemari sahaja dan mereka juga berselisih mengenai minimal nilai harta yang dicuri. Oleh itu matlamat kajian ini ialah mengenalpasti kedudukan ijtihad dalam perkara-perkara hudud yang dipertikai. Objektif kajian ini ialah menganalisis konsep ijtihad, konsep hudud, perkara-perkara hudud yang dipertikai pada hadd al-zina, hadd al-qadhf, hadd al-sariqah dan hadd al- hi rabah. Untuk mencapai tujuan-tujuan ini, maka kaedah kajian yang digunakan ialah analisis dokumen dengan menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan deskriptif dan komparatif. Kebanyakan dari karya-karya utama ulama madhhab Hanafi, Maliki, Shafie, dan Hanbali digunakan sebagai sumber referensi utama dalam kajian ini. Kajian ini menemukan bahawa persoalan nasakh mansukh menjadi pengaruh penting dalam penentuan hukum-hukum tertentu yang terdapat dalam hudud menurut kebanyakan madhhab khususnya dalam hadd al-zina, hadd al-qadhf,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 293
Call Number: BP158.I37S236 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487490
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.