Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487486
Title: | Hadith-hadith yang dihukum oleh Al-Hakim sebagai Sahih mengikut syarat Al-Bukhari di dalam kitab "Al-Mustadrak" 'Ala al-Sahihayn :-Kajian dan penelitian" |
Authors: | Arman Haji Asmad (P37338) |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Hakim al-Nisaburi, Muhammad ibn ʻAbd Allah -- 933-1014-al-Mustadrak Hadith -- Evidences, authority, etc. |
Issue Date: | 22-Mar-2012 |
Description: | Al-Imam al-Hakim al-Naysaburi mengarang kitab "al-Mustadrak 'ala al-Sahihayn" dengan tujuan untuk meriwayatkan hadith-hadith sahih yang menepati syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim ataupun salah seorang daripada mereka. Selain itu dia juga turut meriwayatkan hadith-hadith yang sahih pada pendapatnya tanpa menyandarkannya kepada al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Walau bagaimanapun al-Hakim tidak begitu teliti dalam mengaplikasi syarat-syarat yang telah ditetapkannya ketika menghukum sesebuah hadith itu sebagai sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim ataupun salah seorang daripada mereka. Justeru, al-Hakim sering dikritik oleh para ulama hadith bahkan terkenal dalam kalangan mereka sebagai tidak teliti dalam menghukum sesebuah hadith itu sebagai sahih terutama sekali dalam kitabnya "al-Mustadrak 'ala al-Sahihayn". Mereka berpendapat tidak boleh bergantung semata-mata kepada hukum dan penilaian oleh al-Hakim bahkan hendaklah setiap hadith di dalam kitabnya itu hendaklah dikaji dan dianalisa semula. Berdasarkan kepada permasalahan tersebut maka kajian ini akan menumpukan kepada penganalisaan hadith- hadith yang dihukum oleh al-Hakim sebagai "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari". Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti metode al-Hakim dan sejauh mana dia mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkannya dalam menghukum sesebuah hadith itu sebagai "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari", sekaligus sejauh mana ketepatannnya dalam menghukum sesebuah hadith itu sebagai "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari". Kajian kepustakaan ini telah dijalankan dengan metode induktif dan juga kritis di mana pengkaji mentakhrij hadith-hadith dari kitab-kitab hadith, menganalisa sanad-sanadnya dan seterusnya menghukum hadith-hadith tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa al-Hakim tidak teliti dalam penilaiannya di mana daripada 163 hadith yang telah dianalisa, hanya 22 hadith yang "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari", manakala 141 hadith tidak Mengikut Syarat al-Bukhari" di mana 27 daripadanya hadith yang sanadnya sahih, 26 hadith sanadnya hasan dan selebihnya iaitu 88 hadith adalah hadith- hadith da��if yang disebabkan oleh kelemahan perawinya dan sebab-sebab lain,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 587 |
Call Number: | BP135.A2H33 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487486 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120136+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.07 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.