Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487486
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorArman Haji Asmad (P37338)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:18Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:18Z-
dc.date.issued2012-03-22-
dc.identifier.otherukmvital:120136-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487486-
dc.descriptionAl-Imam al-Hakim al-Naysaburi mengarang kitab "al-Mustadrak 'ala al-Sahihayn" dengan tujuan untuk meriwayatkan hadith-hadith sahih yang menepati syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim ataupun salah seorang daripada mereka. Selain itu dia juga turut meriwayatkan hadith-hadith yang sahih pada pendapatnya tanpa menyandarkannya kepada al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Walau bagaimanapun al-Hakim tidak begitu teliti dalam mengaplikasi syarat-syarat yang telah ditetapkannya ketika menghukum sesebuah hadith itu sebagai sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim ataupun salah seorang daripada mereka. Justeru, al-Hakim sering dikritik oleh para ulama hadith bahkan terkenal dalam kalangan mereka sebagai tidak teliti dalam menghukum sesebuah hadith itu sebagai sahih terutama sekali dalam kitabnya "al-Mustadrak 'ala al-Sahihayn". Mereka berpendapat tidak boleh bergantung semata-mata kepada hukum dan penilaian oleh al-Hakim bahkan hendaklah setiap hadith di dalam kitabnya itu hendaklah dikaji dan dianalisa semula. Berdasarkan kepada permasalahan tersebut maka kajian ini akan menumpukan kepada penganalisaan hadith- hadith yang dihukum oleh al-Hakim sebagai "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari". Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti metode al-Hakim dan sejauh mana dia mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkannya dalam menghukum sesebuah hadith itu sebagai "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari", sekaligus sejauh mana ketepatannnya dalam menghukum sesebuah hadith itu sebagai "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari". Kajian kepustakaan ini telah dijalankan dengan metode induktif dan juga kritis di mana pengkaji mentakhrij hadith-hadith dari kitab-kitab hadith, menganalisa sanad-sanadnya dan seterusnya menghukum hadith-hadith tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa al-Hakim tidak teliti dalam penilaiannya di mana daripada 163 hadith yang telah dianalisa, hanya 22 hadith yang "Sahih Mengikut Syarat al-Bukhari", manakala 141 hadith tidak Mengikut Syarat al-Bukhari" di mana 27 daripadanya hadith yang sanadnya sahih, 26 hadith sanadnya hasan dan selebihnya iaitu 88 hadith adalah hadith- hadith da��if yang disebabkan oleh kelemahan perawinya dan sebab-sebab lain,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectHakim al-Nisaburi, Muhammad ibn ʻAbd Allah -- 933-1014-al-Mustadrak-
dc.subjectHadith -- Evidences, authority, etc.-
dc.titleHadith-hadith yang dihukum oleh Al-Hakim sebagai Sahih mengikut syarat Al-Bukhari di dalam kitab "Al-Mustadrak" 'Ala al-Sahihayn :-Kajian dan penelitian"-
dc.typeTheses-
dc.format.pages587-
dc.identifier.callnoBP135.A2H33-
dc.identifier.barcode002794(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120136+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.