Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487478
Title: Pembinaan instrumen hidup beragama menurut Islam
Authors: Mohd Zamir Bahall (P53421)
Supervisor: Khairul Anwar Mastor, Prof. Dr.
Keywords: Religious life -- Islam
Purity
Ritual -- Islam
Faith (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-May-2018
Description: Hidup beragama atau al-Tadayyun amat penting sebagai neraca jati diri seorang muslim. Kajian-kajian berkaitan pengukuran hidup beragama telah banyak dilakukan oleh penyelidik muslim dan juga bukan muslim. Namun kebanyakan instrumen pengukuran hidup beragama menurut Islam sebenarnya telah diadaptasi, dialihbahasa dan diubahsuai daripada instrumen pengukuran yang berorientasikan Barat dan Kristian yang kurang sesuai dengan konsep sebenar kehidupan beragama Islam. Di samping itu, instrumen kehidupan beragama yang bercirikan Islam yang dibina oleh penyelidik Muslim pula didapati masih tidak sepenuhnya bersandarkan sumber-sumber yang lengkap dalam agama Islam. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membina instrumen kehidupan beragama yang lengkap bersumberkan al-Quran, hadith dan pandangan ulama. Tiga peringkat kajian telah dijalankan. Peringkat pertama adalah kajian teks terhadap maksud al-Din dan mengenalpasti aspek ruang lingkup kehidupan beragama yang diambil dari al-Quran, hadith dan pandangan ulama. Peringkat kedua adalah membina item-item bagi setiap aspek kehidupan beragama yang dikenalpasti dalam peringkat pertama kajian. Sejumlah 102 item telah dibina dan disemak serta ditentusahkan oleh dua orang pakar dalam bidang pengajian Islam. Peringkat ketiga melibatkan pengedaran instrumen kepada 420 orang responden. Analisis Faktor dengan kaedah Analisis Prinsip Komponen (PCA) dengan putaran varimaks menunjukkan tiga dimensi asas kehidupan beragama: Akidah (α=0.90), Syariah (α=0.83) dan Akhlak (α=0.73). Dimensi Akidah terdiri dari empat domain: Kepercayaan/ketauhidan, Islam, Kepatuhan/ ketaatan/ ketundukan, dan Pembalasan/ganjaran/penghisaban. Dimensi Syariah mempunyai tiga domain iaitu Syariat/hukum/undang-undang/kekuasaan, Pengabdian/peribadatan, dan Upacara keagamaan/adat resam; dan Dimensi Akhlak mempunyai satu sahaja domain iaitu Keikhlasan/amalan kebajikan. Hubungan antara ketiga-tiga dimensi kehidupan beragama ini adalah signifikan bersandarkan kepada pekali korelasi dalam julat 0.57-0.74 serta terdapatnya beberapa perkongsian muatan faktor antara ketiga-tiga dimensi. Hasil analisis psikometrik instrumen kehidupan beragama ini menunjukkan instrumen ini sah, boleh dipercayai dan bersifat komprehensif kerana bersumberkan kepada sumber yang berautoriti dalam Islam. Justeru, ia boleh digunapakai bagi mengukur tahap kehidupan beragama di peringkat individu dan kumpulan juga serta masyarakat awam juga.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 189
Call Number: BP188.M72 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114434+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.