Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487473
Title: | Pendekatan motivasi dalam program dakwah untuk meningkatkan kehidupan beragama remaja di politeknik zon tengah |
Authors: | Mohamed Hamdan Abdullah (P70960) |
Supervisor: | Fariza Md. Sham, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) Youth -- Religious life Teenagers -- Religious life Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Jul-2018 |
Description: | Penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial masa kini perlu di pandang serius oleh semua pihak kerana ia boleh memberi impak negatif kepada negara. Pendekatan dakwah yang bersesuaian mampu menghapuskan pelbagai masalah sosial dan boleh membentuk kehidupan beragama remaja. Bagi mencapai kehidupan beragama yang lebih baik memerlukan proses pendekatan dakwah yang berhikmah seperti motivasi. Bagi remaja, motivasi memainkan peranan penting untuk mendorong mereka melakukan perkara kebaikan di dalam kehidupan beragama. Justeru itu, pendekatan motivasi dalam program dakwah untuk meningkatkan kehidupan beragama remaja di politeknik zon tengah perlu dikaji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk tingkah laku dalam kalangan remaja Muslim politeknik zon tengah, menganalisis tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan remaja Muslim politeknik zon tengah, mengkaji pendekatan dakwah yang diaplikasikan oleh politeknik zon tengah dan menganalisis program dakwah yang menggunakan pendekatan motivasi dalam meningkatkan kehidupan beragama remaja Muslim di politeknik zon tengah. Reka bentuk yang dipilih dalam kajian ini ialah kajian tinjauan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan kajian lapangan. Analisis dokumen yang digunakan untuk mendapatkan data berkaitan konsep kehidupan beragama, remaja dan pendekatan motivasi. Seterusnya kajian lapangan pula menggunakan kaedah borang soal selidik iaitu seramai 400 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada remaja Islam semester akhir Diploma di politeknik zon tengah. Data yang diperolehi daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v 22.0) bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai, purata keseluruhan, frekuensi, peratusan, korelasi pearson dan ujian regresi pelbagai (multiple regression) dengan metode stepwise. Maklumat berikutnya diperolehi melalui sesi temubual dengan 6 orang yang terlibat iaitu pentadbir Pusat Islam, pensyarah dan Ketua Unit Agama Jabatan Pengajian Am di politeknik zon tengah. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut khususnya berkaitan pandangan dan program dakwah di politeknik zon tengah di samping dapat mengukuhkan hasil dapatan. Hasil kajian menunjukkan berlaku pembabitan remaja Islam politeknik zon tengah terhadap tingkah laku negatif iaitu budaya lepak dan berpakaian tidak sopan di khalayak ramai. Tahap pengamalan ajaran Islam berkaitan akidah, ibadah dan akhlak adalah tinggi iaitu dengan nilai purata keseluruhan min 4.78, 4.03 dan 4.44. Begitu pula keberkesanan pendekatan motivasi dalam program dakwah di politeknik zon tengah secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu kursus dan latihan (4.62), ceramah dan kuliah (4.62), sambutan hari kebesaran Islam (4.59), program bimbingan (4.52) dan penerbitan dan media dakwah (4.49). Hubungan antara pengamalan ajaran Islam berkaitan akidah, ibadah dan akhlak dengan program dakwah melalui pendekatan motivasi menunjukkan ada hubungan yang signifikan dengan program dakwah. Namun, faktor motivasi kepada beberapa program dakwah sahaja yang telah memberi sumbangan terhadap pengamalan ajaran Islam berkaitan akidah, ibadah dan akhlak. Justeru itu, dapatan kajian ini telah memberi implikasi terhadap pendekatan motivasi bagi program dakwah di dalam meningkatkan kehidupan beragama remaja Islam khususnya di politeknik zon tengah dan amnya di politeknik Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 306 |
Call Number: | BP170.85.M854 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114187+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.