Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487466
Title: Kajian kualiti hadith dalam tafsir al-Azhar
Authors: Syarifah Rusydah Muhammad (P44806)
Supervisor: Jawiah Dakir, Prof. Datin Paduka Dr.
Keywords: Hadith -- Authorities
Qur'an -- Evidences, authority, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jan-2018
Description: Tafsir al-Azhar adalah tafsir berbahasa Melayu karya Haji Abdul Malik Karim (Hamka), dikarang dalam gaya bahasa yang mudah sesuai untuk dibaca oleh umat Islam disemua peringkat khasnya orang Melayu dan yang tidak pandai membaca kitab berbahasa Arab. Kitab tafsir ini termasuk kitab yang masyhur dan banyak dijadikan rujukan oleh orang ramai khususnya orang Melayu. Dalamnya banyak terdapat hadith yang digunakan sebagai keterangan untuk menjelaskan ayat-ayat al-Qur'an. Bagaimanapun, banyaknya hadith yang tidak dijelaskan perawi dan periwayat, adapula sebahagian daripadanya yang tidak dijelaskan kedudukan hadithnya, sama ada ianya sahih, hasan mahupun dacif. Oleh itu, kajian dan penelitian terhadap hadith-hadith tersebut amat diperlukan dengan tujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti kedudukan dan taraf hadith serta sumber-sumber rujukan hadith, serta menentukan hadith tersebut boleh dijadikan hujjah atau dalil. Dalam meneliti dan mengkaji hadith-hadith tersebut penulis menggunakan kaedah takhrij yang disimpulkan pada akhirnya taraf dan hukum hadith. Penelitian dokumen digunakan dengan mengumpulkan semua bahan maklumat, kemudian dianalisis secara kritis berdasarkan metode ulama hadith, sama ada dari segi sanad mahupun matan. Daripada keseluruhan hadith yang dianalisis berjumlah 262 hadith didapati 147 (56.10%) hadith sahih, 16 (6.10%) hadith sahih li ghayrih, 27 (10.30%) hadith hasan, 5 (1.90%) hadith hasan sahih, 6 (2.29%) hadith hasan li ghayrih, 1 (0.38%) hadith hasan sahih gharib, 46 (17.17%) hadith dacif, 6 (2.29%) hadith dacif jiddan, 4 (1.52%) bukan hadith dan 4 (1.52%) belum ditemukan sumbernya. Daripada dapatan ini, dirumuskan bahawa hadith yang terdapat dalam tafsir ini majoritinya iaitu 202 (77.09%) %) boleh dijadikan sebagai sumber hukum yang merangkumi sahih (56.10%), sahih li ghayrih (6.10%), hasan (10.30%), hasan li ghayrih (2.29%), hasan sahih (1.90%), dan hasan sahih gharib (0.38%). Hadith yang selebihnya boleh dijadikan hujjah dan dalil dalam fada'il al-Acmal sahaja mengikut kebanyakan iaitu hadith dacif 46 (17.55%). Manakala selebihnya adalah hadith dacif jiddan, bukan hadith dan belum dijumpai sumbernya, maka ianya perlu ditanggapi tidak boleh dijadikan hujjah atau dalil sebagai hadith Rasulullah s.a.w.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 383
Call Number: BP136.78.S68 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107119+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.