Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487442
Title: Peranan ulama dalam peristiwa pemberontakan Pahang (1891M-1895M)
Authors: Amnah Saayah Ismail (P53188)
Supervisor: Wan Kamal Mujani, Prof. Dr.
Keywords: Pahang -- History -- 1891-1895
Issue Date: 1-Nov-2016
Description: Pahang merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-19 Masihi menyaksikan negeri ini berhadapan dengan kancah perang saudara dan berakhir dengan kemenangan di pihak Bendahara Ahmad. Kemakmuran Pahang sekali lagi tergugat dengan pelbagai percubaan pihak British untuk menjadikan negeri ini sebagai jajahannya. Ia terlaksana secara rasmi apabila J. P. Rodger dilantik sebagai residen British yang pertama di negeri Pahang pada tahun 1888. Pentadbiran British tersebut membawa pelbagai perubahan antaranya ialah pengenalan sistem-sistem baharu yang semakin merumitkan bagi menggantikan sistem tradisional sedia ada. Keadaan ini menggamit ketidakpuasan hati dalam kalangan para pembesar dan seluruh rakyat negeri Pahang. Rentetan itu, berlaku sebuah peristiwa yang dikenali sebagai peristiwa pemberontakan Pahang pada tahun 1891 sehingga 1895. Peristiwa pemberontakan tersebut berlaku dalam dua siri. Namun dalam siri kedua menyaksikan peranan Tok Ku Paloh sebagai seorang ulama yang menampilkan 'jihad sabil' sebagai slogan perjuangan dan slogan itu pula disambut oleh para pejuang Pahang yang diketuai oleh Dato' Bahaman. Berbekal slogan tersebut, sejauh mana peranan Tok Ku Paloh sebagai seorang ulama berjaya menggerakkan peristiwa pemberontakan Pahang tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menyoroti secara teliti peristiwa pemberontakan Pahang di samping menganalisis faktor-faktor yang membawa berlakunya peristiwa tersebut. Selain itu, kajian ini ingin menganalisis adakah terdapat ulama lain yang turut terlibat dalam peristiwa pemberontakan Pahang dan menilai apakah peranan ulama dari dalam dan luar Pahang dalam menjayakan pemberontakan tersebut. Kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis kandungan yang menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis dengan teknik deskriptif. Manakala skop pendekatan sejarah pula dijadikan panduan semasa analisis data dijalankan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa keadaan politik yang tidak stabil, masalah konsesi dan isu kutipan cukai serta suasana sosial masyarakat Pahang yang berada di ambang penjajahan dan kehidupan tradisi merupakan antara faktor yang menggerakkan berlakunya peristiwa pemberontakan Pahang. Di samping itu, kajian ini mendapati wujud ulama-ulama lain yang dikenal pasti terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam peristiwa tersebut. Peranan mereka dilihat sebelum dan semasa peristiwa pemberontakan berlaku menerusi bidang pengajaran dan pembelajaran, penulisan dan terlibat secara langsung dalam pemberontakan. Semua bidang ini dilihat menjadi pemangkin dalam mewujudkan suasana keilmuan dan kefahaman agama dalam kalangan para pejuang. Tok Ku Paloh seterusnya dilihat menjadi pemacu bagi merealisasikan jihad sabil menentang penjajah British di Pahang. Dapatan kajian ini dapat menyumbang maklumat baharu kepada bidang sejarah khususnya sejarah Pahang dalam membuktikan penglibatan ulama di dalam peristiwa pemberontakan Pahang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 266
Call Number: DS598.P3A46 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99462+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
406.63 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.