Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487440
Title: Pemikiran akidah Shaykh Shams al-Din al-Sumatra'i
Authors: Mohd Haidhar Kamarzaman (P74955)
Supervisor: Abdull Rahman Mahmood, Dr.
Keywords: Islam -- Doctrines -- Early works to 1800
Issue Date: 30-Aug-2017
Description: Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaṭrā’ī merupakan seorang ulama sufi yang banyak menyumbang kepada perkembangan akidah Ahli Sunah Waljamaah di Nusantara. Pendekatan naqli dan akal yang digunakan oleh beliau berjaya meletakkan akidah Islam di landasan yang kukuh dalam mendepani cabaran musuh Islam yang menyeleweng. Namun terdapat segelintir pihak yang cuba meletakkan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaṭrā’ī sebagai ulama akidah yang sesat dan menyeleweng. Bahkan ada yang mengkafirkan beliau kerana dikatakan membawa fahaman yang tidak selari dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Mereka melabelkan al-Sumaṭrā’ī sebagai terpesong dan terkeluar dari ajaran Islam dan membawa satu fahaman yang mentashbīh dan mentajsīmkan Allah s.w.t. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai pemikiran akidah yang dibawa oleh al-Sumaṭrā’ī. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada pemikiran yang dibawa Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaṭrā’ī adalah pemikiran yang terkeluar daripada Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana yang didakwa ataupun tidak. Kajian ini keseluruhannya menggunakan metode kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data, analisis data yang merangkumi analisis kandungan, analisis perbandingan, analisis berasaskan sejarah dan metode kritikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaṭrā’ī adalah seorang ulama yang membawa fahaman akidah yang berlandaskan akidah Ahli Sunah Waljamaah dari manhaj al-Ashāᶜirah. Bahkan dalam perbahasan sifat Allah s.w.t juga beliau menggunakan metode sifat dua puluh dalam menjelaskan isu-isu akidah yang timbul. Kajian ini dapat memberikan sumbangan dalam menyelesaikan kekeliruan terhadap pemikiran al-Sumaṭrā’ī sebagai satu aliran yang berkesinambungan daripada pemikiran al-Ashāᶜirah di Nusantara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 475
Call Number: BP165.5.M835 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99460+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
798.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.