Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487434
Title: Simpulan bahasa Melayu sebagai padanan kinayah al-Quran
Authors: Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli (P60368)
Supervisor: Zulkarnain Mohamed, Dr.
Keywords: Tatabahasa
Qur'an -- Language
style -- Rhetoric
Issue Date: 21-Aug-2017
Description: Proses penyampaian mesej al-Qur'an kepada audien Melayu dengan menggunakan terjemahan langsung terhadap instrumen penting bahasa al-Qur'an seperti kināyah al-Qur'an (KA) tanpa mencari padanannya dalam bahasa sasaran menjadi terhalang disebabkan perbezaan ketara tatabahasa dan balaghah (prima sastera) antara bahasa Melayu dan bahasa Arab. Untuk mengatasi jurang kefahaman terhadap mesej al-Qur'an disebabkan faktor tersebut, suatu pendekatan ke arah mencari persamaan, di samping mengenal pasti perbezaan serta prinsip-prinsip utama KA dan simpulan Bahasa (SB) sebagai suatu padanan perlu dilakukan. Kajian ini memfokuskan kepada KA yang terdapat dalam karya Wahbah al-Zuhaylī dan Muḥammad cAlī al-Ṣabūnī iaitu, Tafsīr al-Munīr dan Ṣafwah al-tafāsī, manakala SB diambil daripada padanan makna dan lafaz yang terdapat dalam Kamus peribahasa kontemporari oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Kajian ini menggunakan pendekatan al-naẓm oleh al-Jurjānī yang diolah semula dengan huraian sesuai dengan konteks kajian semasa, antaranya dengan menggunakan beberapa pandangan penting yang terdapat dalam teori Baker dan Nida (teori makna). Data dihuraikan secara deskriptif dengan menggunakan pendekatan analisis kontrastif secara sejajar. Hasil kajian ini mendapati terdapat sebilangan makna konotasi SB yang boleh dijadikan medium untuk memahami KA. Padanan ini boleh membantu proses memberi kefahaman terhadap KA disebabkan faktor persamaan makna am, kesejagatan makna dan pengaruh agama. Walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan antara KA dengan SB yang melibatkan struktur bahasa dan konteks wahyu yang membekalkan KA sesuai dengan bahasa Arab. Implikasi kajian ialah kajian ini berpotensi untuk dijadikan panduan kepada kaedah menyampaikan mesej dengan penekanan kepada persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut. Kajian ini wajar dijadikan rujukan kepada pengkaji yang berminat dalam mencari kaedah penyampaian mesej al-Qur'an dengan menggunakan terjemahan langsung terhadap bahasa Arab.,Tesis in tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 363
Call Number: PJ6696.Z5R4525 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99436+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
639.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.