Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487428| Title: | Tahqiq Asbāb al-Nuzūl di dalam tafsir Nurul Ihsan |
| Authors: | Mohd Nazri Ahmad (P58302) |
| Supervisor: | Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr. |
| Keywords: | Tafsir Quran -- Hermeneutics |
| Issue Date: | 22-Aug-2017 |
| Description: | Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa'id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian tahqiq terhadap Asbāb al-Nuzūl di dalam tafsir ini perlu dilakukan memandangkan riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif-objektif berikut; mengenalpasti sumber-sumber rujukan riwayat Asbāb al-Nuzūl, menjelaskan tentang kedudukan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl dan menganalisis permasalahan yang terdapat dalam riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl.Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan menganalisis dokumen berkaitan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl. Kajian ini juga menggunakan metode diskriptif iaitu menganalisis riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl bagi melihat kesesuaiannya dengan ayat-ayat al-Qur'an. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa'id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan al-Futuhāt al-Ilāhiyyah atau lebih dikenali dengan Hāshiah al-Jamal. Kajian ini jugamendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl,68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da'if.Selain itu, kajian ini juga telah mengesan terdapat riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang sahih yang tidak selaras dengan ayat-ayat al-Qur'an dan tidak sesuai untuk dijadikan sebab turun bagi sesuatu ayat al-Qur'an.Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang dacif memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
| Pages: | 441 |
| Call Number: | BP130.32.M846 2017 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487428 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ukmvitaTahqiq Asbāb al-Nuzūl di dalam tafsir Nurul Ihsan Restricted Access | Partial | 908.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.