Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487428
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Nazri Ahmad (P58302)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:51Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:51Z-
dc.date.issued2017-08-22-
dc.identifier.otherukmvital:98832-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487428-
dc.descriptionTafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa'id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian tahqiq terhadap Asbāb al-Nuzūl di dalam tafsir ini perlu dilakukan memandangkan riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif-objektif berikut; mengenalpasti sumber-sumber rujukan riwayat Asbāb al-Nuzūl, menjelaskan tentang kedudukan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl dan menganalisis permasalahan yang terdapat dalam riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl.Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan menganalisis dokumen berkaitan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl. Kajian ini juga menggunakan metode diskriptif iaitu menganalisis riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl bagi melihat kesesuaiannya dengan ayat-ayat al-Qur'an. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa'id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan al-Futuhāt al-Ilāhiyyah atau lebih dikenali dengan Hāshiah al-Jamal. Kajian ini jugamendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl,68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da'if.Selain itu, kajian ini juga telah mengesan terdapat riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang sahih yang tidak selaras dengan ayat-ayat al-Qur'an dan tidak sesuai untuk dijadikan sebab turun bagi sesuatu ayat al-Qur'an.Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang dacif memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTafsir-
dc.subjectQuran -- Hermeneutics-
dc.titleTahqiq Asbāb al-Nuzūl di dalam tafsir Nurul Ihsan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages441-
dc.identifier.callnoBP130.32.M846 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003185(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98832+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
908.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.