Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487420
Title: Isu dan aktiviti Koperasi Tentera menurut perspektif syariah
Authors: Mohd Mazli Mohd Aini (P67907)
Supervisor: Salmy Edawati Yaacob, Dr.
Keywords: Koperasi Tentera
Patuh syariah
Hukum
Sistem kewangan Islam
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Mar-2016
Description: Koperasi Tentera merupakan koperasi yang mempunyai keahlian majoritinya adalah beragama Islam. Ia memerlukan kepada transformasi ke arah urusniaga dan transaksi yang menjurus kepada patuh syariah. Di dalam usaha untuk merealisasikan tuntutan ini, empat permasalahan utama perlu diberikan perhatian. Pertama, isu berkaitan dengan keperluan penambahbaikan Koperasi Tentera ke arah patuh syariah, kedua isu berkaitan dengan permasalahan hukum yang berkaitan dengan koperasi, ketiga aktiviti koperasi yang menyalahi patuh syariah dan keempat mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan pengoperasian koperasi agar ianya sejajar dengan kehendak Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan fuqahak berkaitan hukum berkoperasi menurut perspektif Islam, mengkaji aktiviti dan isu-isu syariah yang wujud di dalam Koperasi Tentera, menganalisis aktiviti-aktiviti pelaburan yang melibatkan Koperasi Tentera dan membentuk serta mencadangkan pelaksanaan Koperasi Tentera patuh syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah pendekatan analisis kandungan. Proses pengumpulan data menggunakan kaedah temubual separa struktur dan analisa kandungan. Manakala proses penganalisisan data dilaksanakan menerusi kaedah penilaian teori secara diskriptif. Sumber hukum yang diteliti ialah al-Qiyās, al-Istiḥsān, cUrf, al-Maṣālih al-Mursalah, Sadd al-dharāic dan beberapa kaedah fiqh dijadikan panduan dalam menilai hukum berkaitan dengan koperasi. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan sistem Islam di dalam perkhidmatan Koperasi Tentera belum mencapai suatu tahap patuh syariah sepenuhnya. Terdapat beberapa masalah dari sudut hukum berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan perkhidmatan, pembiayaan dan pelaburan. Hasil kajian juga mendapati pelaksanaan Bayc al-cĪnah, pengambilan caj perkhidmatan, pengambilan keuntungan daripada pembiayaan dan beberapa perkhidmatan yang lain tidak menepati kehendak hukum syariah dan memerlukan kepada penambahbaikan. Justeru, kajian ini telah mengemukakan satu bentuk pelaksanaan secara menyeluruh untuk membangunkan Koperasi Tentera patuh syariah. Implikasi kajian ini adalah memperkukuhkan lagi sistem kewangan Islam sedia ada di Malaysia di samping menjamin keterlibatan masyarakat Islam warga tentera khasnya ke dalam transaksi kewangan patuh syariah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 290
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84905+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
796.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.