Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487418
Title: | Sayyid Muhammad bin Zayn al-cAbidin al-cAydarus dan pemikiran ketuhanan dalam Jawahir al-Saniyyah |
Authors: | Engku Ibrahim Engku Wok Zin (P50624) |
Supervisor: | Abdull Rahman Mahmood, Dr. |
Keywords: | Sayyid Muhammad bin Zayn al-cAbidin al-cAydarus Pemikiran ketuhanan Jawahir al-Saniyyah Manuskrip silam Warisan ilmiah Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Jul-2016 |
Description: | Nazam Jawahir al-Saniyyah pernah berperanan sebagai sebuah karya akidah penting dalam masyarakat Islam Terengganu pada abad ke 19M dan kini telah menjadi naskhah nadir yang amat memerlukan pemuliharaan dan pengkajian. Kepentingannya lebih terserlah kerana statusnya sebagai sebuah karya warisan seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat Islam Terengganu pada abad tersebut. Ia dapat membekalkan maklumat benar mengenai pola berfikir dan tunjang akidah masyarakat tempatan pada waktu itu. Namun warisan ini hampir dilupakan dan masih belum ada usaha yang bersifat komprehensif mengkaji aspek manuskrip dan pemikiran akidah yang terdapat di dalamnya. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah edisi tahkik, transliterasi rumi dan anotasi, mengkaji naskhah dan biografi pengarangnya. Selain dari itu, antara objektifnya juga ialah menilai sejauh mana ketepatan pemikiran ketuhanan pengarangnya dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Kajian ini adalah kajian kualitatif. Empat metode pengumpulan data iaitu metode dokumentasi, persejarahan, analisis kandungan dan temubual telah digunakan. Data-data dianalisis dengan menggunakan metode deduktif, induktif dan perbandingan. Metode landasan telah dipilih untuk mentahkik manuskrip dengan melakukan perbandingan antara empat naskhah manuskrip yang berlainan. Teks pula ditransliterasikan dengan menggunakan kaedah aksara. Dapatan kajian menunjukkan ada beberapa pertembungan fakta mengenai biografi pengarang dalam laporan para pengkaji yang lepas. Mengenai nazam Jawahir al-Saniyyah pula, kajian mendapati ia adalah sebuah karya yang amat penting dalam bidangnya, laras bahasa dan genre penulisannya pula banyak dipengaruhi bahasa dan sastera Arab. Dapatan kajian juga menunjukkan pengarang telah memberi sumbangan yang besar dalam pemantapan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah di Alam Melayu. Analisis pemikiran pula menunjukkan pemikiran akidah ketuhanan pengarang adalah menepati fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah aliran Ashacirah. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan bermakna dalam bidang filologi Melayu dan pemikiran akidah Alam Melayu. Ia juga dapat melangsungkan sebuah warisan ilmiah yang pernah menjadi tunjang keintelektualan masyarakat Melayu Terengganu. Implikasi kajian mencadangkan agar pihak berwajib seperti Pusat Manuskrip Melayu dan Institusi Pengajian Tinggi mengambil inisiatif tertentu dalam membangunkan usaha tahkik dan anotasi manuskrip silam supaya manfaat warisan kesarjanaan Melayu dapat dikekalkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 396 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84903+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 356.23 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.